Ads by Nuffnang

Wednesday, December 8, 2010

Musim berkhatan sudah tiba!

Aiman yang cool.

Hari ini dua orang anak saudara aku, Aiman & Imran berkhatan atau cakap orang biasa bersunat. Zaman sekarang budak-budak bersunat kat klinik. Senang, kurang sakit (dapat bius) dan cepat.

Seorang anak saudara aku ni, Aiman ni memang cool,aje dia kata rasa pedih je. Cam kena gigit semut. Yang sorang lagi tu pulak aku tak dapat jumpa lepas dia pergi klinik. Dari cerita si Aiman, yang sorang lagi tu meraung dekat 50 minit baru selesai khatan dia. 50 minit??!! Nasib baik dia tak lari keluar klinik...hehehe..

Anak bujang aku, Kaisan menyakat Aiman..ish..sunat kang Kaisan ni.

P/s: Aku dulu bersunat batang pisang kat kampung. Horror tengok collection pisau tok mudim. Nightmares!

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H


Kepada pembaca-pembaca, followers, keluarga, kawan-kawan dan kenalan, Bo ingin mengucapkan Selamat menyambut Awal Muharram 1432H. Semoga segala amalan kita di berkati dan di rahmati oleh-Nya.

Monday, December 6, 2010

Happy 30th Anniversary kepada Ibu & Ayah

Ibu & ayah with Kaisan

Selamat ulang tahun perkahwinan ke 30 untuk ibu & ayah. Kami adik beradik, menantu-menantu dan cucu ibu dan ayah, Muhammad Kaisan mendoakan ibu dan ayah sentiasa bahagia, happy, murah rezeki dan sihat hingga akhir hayat.

We all love you very very strong.

Trafik uniques untuk Bo is a Nerd makin melonjak!!!


Selamat pagi!

Minggu baru, target baru. Insya'Allah, esok kita akan melangkah ke 1432H. Syukur kerana kita masih di berikan masa oleh-Nya untuk beribadah dan melakukan perubahan jika di perlukan dalah hidup kita.

Sejak kebelakangan ini, blog aku Bo is a Nerd mendapat jumlah "unique visitors" yang tinggi. Membuatkan aku seronok untuk berblogging. Tapi aku takdelah update selalu atau kerap seperti sesetengah bloggers lain. Blogwalking pun agak jarang sebab melayan kerenah Kaisan dan juga study untuk exam ACCA tak lama lagi.

Kalau tengok pada graf aku, graf untuk 4 Disember yang tertinggi setakat ini. Memang tak pernah sebanyak tu. Harap-harap memang boleh maintain macam ni. Trafik tinggi atau tidak, aku akan terus mem"blog" because its fun!

P/s: Trafik tinggi akan mendapat earnings yang tinggi??