Ads by Nuffnang

Friday, December 31, 2010

Kepulangan wira-wira kita

Ketua pasukan Safiq Rahim mengetuai pasukan Harimau Malaya keluar dari balai ketibaan

Hampir 2,000 penyokong pasukan negara yang baru sahaja di nobatkan menjadi juara Piala AFF Suzuki 2010 yang juga membawa kepada title juara asia tenggara menyambut ketibaan mereka di Lapangan Terbang KLIA semalam. 

Walaupun flight pasukan negara delay selama sejam, penyokong-penyokong masih sabar menunggu ketibaan juara-juara kita. Keadaan sesak & huru hara memaksa pasukan keselamatan KLIA berkerja keras untuk mengelakkan keadaan menjadi tidak terkawal.

Ramai dari yang ada membawa sepanduk, replika trofi AFF, menayanyikan lagu-lagu semangat serta berusaha bersalaman dengan perwira mereka.

Di harap kemenangan ini akan mendatangkan lebih lagi kejayaan untuk pasukan bola sepak negara.

Monday, December 27, 2010

Harimau Malaya meratah Garuda

Safe'e Sali meledakkan gol ketiga pasukan Malaysia

Tahniah kepada pasukan negara yang berjuang dengan penuh semangat. Mendapat sokongan hampir 70,000 penyokong Malaysia, Harimau Malaya membaham Garuda 3 - 0 hasil dua jaringan dari Safe'e Sali dan pemain gantian Mohd Ashari Shamsudin.

Langkah K.Rajagobal menggantikan Mohd Amirulhadi dengan Ashari membuahkan hasil. Walaupun permainan di hentikan selama 7 minit pada awal separuh masa kedua akibat tindakan segelintir penyokong yang kurang bijak (mungkin juga penyokong Indonesia), Harimau-Harimau Muda kita tidak hilang fokus.

Walaupun jaringan di lakukan oleh Safee Sali dan Ashari, pemain yang menyinar pada pandangan saya ialah pengantin baru jersi number 9, Norshahrul Idlan Talaha. Pergerakan dan skil menggelecek pemain ini membuatkan pertahanan menjadi kelam kabut dan keliru. Tidak lupa juga pada pemain-pemain lain. Semangat berpasukan membawa kejayaan.

Perjuangan baru separuh selesai. Kekalkan fokus dan tenaga pada pertempuran dia Stadium Bung Karno, Jakarta. Malaysia Boleh!!!

Sunday, December 26, 2010

Rock The World 10 - 26th December 2010 at Bukit Jalil

Tune Talk Mobile Prepaid mempersembahkan Rock the World 10

Esok bermulalah Rock the World 10 yang di taja oleh Tune Talk Mobile Prepaid di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tengok artis tempat kemudian tengok Malaysia V Indonesia Final Piala Suzuki AFF. Tiket untuk Rock the World 10 hanya RM 30. Banyak acara dan hadiah untuk di menangi.


Di antara band-band tempatan yang akan perform ialah Bunkface, Disagree, Pop Shuvit, Lo, The Pilgrims, Bittersweet dan ramai lagi.

Kalau nak tahu lagi siapa artis-artis yang perform & maklumat lanjut boleh lah visit www.tunetalk.com atau sila klik SINI.

Thursday, December 23, 2010

Dah letih sangatlah ni..

 Dah terlampau letih lah ni...

Akhirnya dapat aku update blog. Busy dengan study exam ACCA, kerja di office & sibuk dengan rumah lagi. Tapi takpe, aku dah kembali.

Anak aku, Muhammad Kaisan semakin besar, banyak kerenah & paling penting makin bijak. Dah nak masuk 8 bulan, mestilah banyak akal. Kekadang geram (nak marah pun ada) juga nak kejar-kejar dia merata-rata dia pergi. Iyelah, budak kecik, tahu apa.


Tapi bila tengok dia dalam keadaan dia tidur, terus rasa sejuk hati. Rasa geram tadi pun hilang. Insya'Allah, dia akan membesar jadi manusia yang baik dan hamba Allah yang taat & soleh. Amin.