Pages

Monday, December 27, 2010

Harimau Malaya meratah Garuda

Safe'e Sali meledakkan gol ketiga pasukan Malaysia

Tahniah kepada pasukan negara yang berjuang dengan penuh semangat. Mendapat sokongan hampir 70,000 penyokong Malaysia, Harimau Malaya membaham Garuda 3 - 0 hasil dua jaringan dari Safe'e Sali dan pemain gantian Mohd Ashari Shamsudin.

Langkah K.Rajagobal menggantikan Mohd Amirulhadi dengan Ashari membuahkan hasil. Walaupun permainan di hentikan selama 7 minit pada awal separuh masa kedua akibat tindakan segelintir penyokong yang kurang bijak (mungkin juga penyokong Indonesia), Harimau-Harimau Muda kita tidak hilang fokus.

Walaupun jaringan di lakukan oleh Safee Sali dan Ashari, pemain yang menyinar pada pandangan saya ialah pengantin baru jersi number 9, Norshahrul Idlan Talaha. Pergerakan dan skil menggelecek pemain ini membuatkan pertahanan menjadi kelam kabut dan keliru. Tidak lupa juga pada pemain-pemain lain. Semangat berpasukan membawa kejayaan.

Perjuangan baru separuh selesai. Kekalkan fokus dan tenaga pada pertempuran dia Stadium Bung Karno, Jakarta. Malaysia Boleh!!!

No comments:

Post a Comment

Comment here

Ads by Nuffnang