Ads by Nuffnang

Saturday, May 22, 2010

Bibik oh bibik

Topik yang hangat di bincangkan sekarang ini ialah keadaan kerja untuk pembantu rumah dari Indonesia. Kerajaan Indonesia dah halang pengambilan orang Indonesia sebagai pembantu rumah @ bibik sebab kononnya hak kemanusiaan dan pekerjaan rakyat mereka ini tak terjaga. Selagi satu persetujuan tak diadakan, maka tiada lagi pengambilan mereka ke Malaysia sebagai pembantu rumah.

Baru-baru ini ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengadakan persetujuan dengan seteru Indonesia untuk sediakan beberapa syarat. Di antara syaratnya:


  1. Pembantu rumah diberi sekurang-kurangnya 1 hari cuti setiap minggu.
  2. Pasport atau dokumen pengenalan pembantu rumah yang pegang. Kalau ada persetujuan dengan majikan, lain lah cerita.
  3. Gaji minima RM 800 sebulan (masih lagi dalam perbincangan)
Pada aku, dua syarat ini saja dah cukup menyusahkan majikan sebab sekarang pun kalau majikan pegang dokumen perjalanan pun orang gaji lari. Bukan selalunya salah majikan kalau orang gaji lari. Kekadang, ada yang ikut kekasih (jumpa kat Malaysia), lari ikut suami atau kena pancing dengan orang lain.

Pengalaman aku dengan orang gaji, masa aku sekolah menengah, orag gaji keluarga aku yang di anggap sebagai ahli keluarga lari masa adik aku yang baru 14 bulan tengah tidur. Nasib baik aku balik awal dari training bola petang tu. Kalau tidak, apa entah yang boleh jadi.

Pasal cuti tu pula, bolehlah terima. Cuma, kalau sekarang gaji dia RM 500 sebulan, kenalah bayar kurang sikit dari itu. Kita potonglah gaji dia untuk hari yang cuti tu. Kira adil pada kita juga kalau macam tu. Bukannya ada surat "confirmation" macam kerja syarikat tunjuk berapa hari cuti yang dia boleh ambil.

Kalau di beri peluang berforum dengan PM tentang perkara ini, ada beberapa syarat aku nak kemukakan:

  1. Makan dan minum kena cari sendiri. Kalau nak makan atau minum dari keluarga majikan, kenalah bayar.
  2. Bayar sebahagian dari bil air, elektrik atau telefon yang di gunakan. Kalau dulu percuma sebab kita anggap sebagai keluarga, sekarang silalah bayar.
  3. Pemberian gaji seperti apa yang di tulis di atas. Cuti tanpa gaji lah senang cerita.
Idea lain aku takde buat masa ini. Aku tahu orang gaji Indon ini manusia, tetapi pandai pula demand sekarang ni. Kalau susah sangat, ambil aje orang gaji Filipina. Comel pun lagi comel..hehe..ke situ pulak. Fikir-fikirlah ye kawan-kawan.

9 comments:

  1. wohoho..aisya skrg pon jadik bibik..muahaha..;p

    ReplyDelete
  2. kalau susah tak payah ambik, knpa la bodoh sangat pm kita nak merayu. cari aje tempat lain atau guna orang tempatan. rakyat m'sia pon ada yang gaji tak sampai rm 800.00 sebulan ni pulak nak tawarkan kat mereka. tempat diorang bukan senang cari makan tulah ramai yang merayap kat m'sia.

    ReplyDelete
  3. my family used to have indonesian maid.. 2 in fact.. 1 left, the other 1 ran away.. oh well =/

    ReplyDelete
  4. kami tak mampu ambil bibik so semua sendiri buat and x da la pening kepala... haha... anyway, aku tak trust orang lain jaga anak aku... hahah

    ReplyDelete
  5. mummy pun ada bibik..bru lg pakai dalam 8 bulan..sbb2 ambik..dah 4 org anak semua under 6..nak nganto pengasuh..teruk..tapi bila bela si bibik ni lg teruk..nak kena bg makan minum depa..ya Allah..mcm bela hantu raya..makan punyala kuat..mcm xpenah jumpa lauk yg best2.. hubby mummy kata mummy masak sedap sgt..sbb tu dia makan byak..apapun..mummy kena control..kalau x..bleh bankrup.

    ReplyDelete
  6. nasib orang gaji lagi terbela daripada pekerja swasta kat negara ni.huhuu..

    ReplyDelete
  7. salam...ape hal la diorg nak demand..kat tmpt diorg tu nak dpt gaji sejuta rupiah pun susah..dtg sini nak demand lak...keje xde la perfect mane pun..anyway x kuase nak amik org gaji Indon...

    ReplyDelete
  8. 800,banyak tu kalo bawa balik indon.boleh beli rmh dah..eh,en Bo,maid dri pilipin lagi mahal kan..?

    ReplyDelete
  9. o ye ker..selamat mencari k..semoga dpt ketemu yg sesuai..

    ReplyDelete

Comment here