Hampir tersedak aku pagi ini semasa baca tajuk berita dalam akhbar Kosmo hari ini. Datuk Bandar Kuala Lumpur perlu bayar ganti rugi RM 750k kepada seniman dan pencipta arca UMBC, Datuk Syed Jamal Syed Jamil Sahil sebab mengubahsuai bentuk dan menukar bahan binaan arca pada hasil ciptaannya.
Bukan sahaja kena bayar ganti rugi, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur arahkan Datuk Bandar KL untuk menanggung kos guaman Datuk Syed Jamal dan bayar 8% faedah setahun sejak kes di failkan. Aku memang setuju dengan keputusan mahkamah ini sebab sekarang ini kebanyakan orang atasan dalam negara kita memang sombong dan rasa besar diri. Ini terbukti bila Datuk Syed Jamal kata bila di ajak berbincang, permintaan beliau tidak di endahkan pihak Datuk Bandar. Sekarang, siapa yang rugi? Rakyat rasanya.
Persoalannya sekarang, Datuk Bandar Kuala Lumpur ada duit ke nak bayar ganti rugi banyak itu? Aku macam ada feeling yang ada kemungkinan duit cukai rakyat yang akan di gunakan untuk melangsaikan pembayaran ganti rugi itu. Apa pendapat kawan-kawan semua?
macam2 kisah kan
ReplyDeleteJom Pizza Tesco
hah! padan muka dia! gatal sangat tangan...
ReplyDelete