Pages

Wednesday, December 1, 2010

Menu lunch sihat: Garden Pasta Salad ala Bo

Sejak aku berpindah ke rumah baru, aku makin berani testing makanan yang aku prepare kat rumah. Bukannya tak suka apa yang isteri masak, tapi saja nak try-try prepare dishes baru. Muak juga selalu makan nasi, santan, minyak dan sebagainya. Nak juga jaga kesihatan.


Garden Pasta Salad version Bo is a nerd

Inilah lunch aku untuk hari ni. Aku beri nama "Garden Pasta Salad ala Bo". Inilah hasil usaha tangan aku sendiri. Senang aje membuatnya. Bahan-bahan dia kawan-kawan sekalian ialah:
  • 2 sudu besar minyak zaitun (Olive oil).
  • 1 sudu kecik low fat mayo.
  • Secubit garam & black pepper kasar (secukup rasa).
  • Sayur-sayuran segar macam lobak, salad, bawang, baby tomato, bell pepper (lada benggala), salad warna purple dan kentang. Semuanya di hiris dan di rebus.
  • Dada ayam dihiris halus. Rebus hirisan ayam tadi dalam periuk sehingga masak dan lembut.
  • Pasta spiral 3 warna. Rebus dalam air bercampur garam untuk sekejap.
Mula-mula prepare dressing salad iaitu campurkan Olive oil, mayo, garam dan lada hitam. Kacau betul-betul sampai sebati. Lepas tu, masukkan dressing tu pada campuran sayuran & ayam tadi. Akhinya, gaulkan semuanya menggunakan sudip besar. Siap!

Inilah hasilnya

Apa lagi, boleh lah try. Jom makan!

3 comments:

  1. macam sedap jee? nanti nak try! :)

    ReplyDelete
  2. salam...napa tak guna salad dressing je? hehehhe...

    ReplyDelete
  3. Juliet~ Try it. Officemates I pun dah mula order plak untuk I buat.

    Puteritaif~Saja nak try buat dari scratch. Mmg senang kalau guna salad dressing macam thousand island dsbnya, tapi nak cuba dapatkan Kenny Roger's punya flava.

    ReplyDelete

Comment here

Ads by Nuffnang