Ads by Nuffnang

Tuesday, May 24, 2011

Kanak-kanak meninggal selepas "tertinggal" di dalam kereta hampir sejam

Arwah Nur Izyan Natasya @ Aisyah Iskak

Beristighfar aku berulang kali lepas aku mendengar berita in di radio. Terus terbayang kepada anak aku bila memikirkan anak kecil itu kepanasan dan sesak nafas. Berita mengenai kematian adik Nur Izyan Natasya, 3 tahun di Machang akibat ayahnya terlupa yang anak malang ini berada dalam kereta selepas hampir sejam di dalam kereta membuatkan aku tersedar kembali akan tanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak.

Ini adalah ketentuan Allah. Kita sebagai hamba-Nya harus redha dengan kejadian ini. Mungkin ini juga peringatan kepada ibu bapa yang lain untuk lebih memberikan perhatian kepada  keselamatan anak-anak.

Aku pernah tengok seorang ayah dengan kasualnya mengejar anak yang sedang berlari di tengah jalan di parking lot Giant Kota Damansara sambil emaknya menjerita nama anak. Nyaris-nyaris kena langgar dengan kereta yang datang. Aku hanya mampu menggeleng kepala saja. Kalau di tegur nanti, mahu jadi kes polis.

Terfikir beberapa benda aku boleh lakukan dengan lebih baik untuk menjaga keselamatan anak aku seperti menggunakan "child-lock" pada pintu kereta, mengunci pintu balkoni, mengelakkan barang-barang kecik dan halus dari di masukkan dalam mulut.

Walaubagaimanapun, kita sebagai manusia hanya berusaha dan bertawakal. Allah yang Maha Menentukan. Mari kita sedekahkan al-Fatihah pada arwah adik Nur Izyan Natasya. Al-Fatihah.

(Berita lebih terperinci klik sini

No comments:

Post a Comment

Comment here