FC Barcelona menjadi juara UEFA Champions League 2011 selepas mengalahkan Manchester United 3 - 1. Perlawanan akhir di Stadium Wembley ini menyaksikan Pedro membuka jaringan sebelum jaringan Wayne Rooney menyamakan kedudukan sebelum separuh masa.
Pada separuh masa kedua, Barcelona meneruskan penguasaan dan hasilnya jaringan dari Pemain Terbaik Dunia, Lionel Messi pada minit ke-54. Ruang dan masa yang terlalu banyak yang di berikan kepada Messi menjemputnya untuk merembat deras dengan kaki kirinya.
Pada minit ke-69, David Villa menutup terus peluang United untuk merapatkan jurang apabila Villa menjaringkan gol dan menjadikan 3-1.
No comments:
Post a Comment
Comment here