Ads by Nuffnang

Thursday, May 26, 2011

Perang psychology di Al-Ikhsan Factory Store

Nike Navarro Low

Tadi sempat pergi melawat Al-Ikhsan Factory Store. Terus nampak kasut ni, sekali sarung saja terus muat. 

Panggil pembantu kedai "Adik, tolong amik size 9". Adik tu datang balik kata "Ini last pair untuk size ni lah, bang". Taktik bagus budak ni. Dia cakap macam tu supaya aku beli terus. Tapi dia tak tahu aku lagi bijak. Aku pun terus jawab, "Okay, saya amik ajelah yang ini". Sekali lirikan kad kredit RHB, sepasang kasut yang selesa ini milik aku. Oh yeah, harga dia 129 ringgit saje. Steal!

Terkedu budak tu akibat perang psychology aku tu. Dia cuba buat comeback dengan tanya, "Nak pakai terus ke bang?" Aku pun tepis, " Taklah dik. Balik nanti saya pakai.". Aku menang. Hadiahnya? Kasut baru Nike Navarro Low.


Bertapak merah garang


Last thing you'll see when I walk past you


P/s: Tiada sesiapa yang tercedera atau terkorban semasa perang psychology tadi.

1 comment:

  1. haha perang psikologi yang menguntungkan, cantik kasut tu Bo.

    ReplyDelete

Comment here