Pages

Showing posts with label hari raya 2013. Show all posts
Showing posts with label hari raya 2013. Show all posts

Tuesday, August 20, 2013

Tempat pembuangan kuih raya

Ini baru sikit..ada lagi tu..

Bila dah tak lalu nak pandang kuih raya, apatah lagi nak makan, opis lah yang menjadi tempat "pembuangan" kuih raya. 

Pergi tiap-tiap meja mesti ada aje kuih raya, takpun kerepek raya (eh? ada ke "kerepek raya"?)

Bagus juga bawak pergi opis, takdelah membazir kuih raya, sampai ada yang last-last masuk tong sampah.

P/s: Korang dah tengok Gadget baru dari Sony ni? Mehlah tengok.


Wednesday, August 7, 2013

Kalau aku pakai baju melayu Aaron Aziz, nanti raya dia pakai apa?

Tadi sempat lari ke Jalan Masjid India cari baju melayu lepas kerja tadi. Nasib baik office bagi half day. Kalau tidak memang confirm tak berbaju melayu raya kali ini.

Niat di hati nak sambar aje baju melayu ikut harga yang murah dan kualiti pun kenalah boleh di terima. Takde nak kejar brand mana-mana pun.

Tapi macam mana entah, boleh sampai Jakel. Tengok offer baju melayu Aaron Aziz by Jakel RM 89 dengan sampin songket dan butang baju melayu free. Zass...suruh budak sales tu bungkus, hulur duit dan cabut.

Tapi memang betullah, nama Aaron Aziz ni memang ada tarikan sampai ramai yang beli termasuk saya.

P/S: Apa warna tema raya korang tahun ni?



Ads by Nuffnang