Pages

Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Wednesday, August 28, 2013

Minum Petang di Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai milik Serina Redzuawan


Restoran milik anak Chef Wan, Serina yang di beri nama Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai ini terletak di Kota Damansara, The Strand. Landmark paling senang ialah SunSuria Avenue @ Sportsplanet Kota Damansara.

Singgah minum petang sini since isteri mengidam nak makan char koay teow, alang-alang boleh try kedai baru. Restoran ni takdelah susah nak jumpa cuma tempat letak kereta mungkin susah nak dapat sebab memang tempat yang sibuk.

Kita boleh pilih nak koay teow basah atau koay teow kering. Saiz hidangan boleh pilih mengikut selera dan juga bajet. Selain dari koay teow, makanan gorengan lain macam nasi goreng dan mee goreng pun ada. Kalau nak makan Western food pun ada.

Overall, suasana restoran very simplistic. Menu pun straight to the point dan simple.Harga berpatutan dengan rasa dan saiz hidangan. Isteri suka, anak suka, saya pun suka.

Boleh datang lagi ke Char Koay Teow Simply Delicious! Two thumbs up!

Tuesday, August 20, 2013

Tempat pembuangan kuih raya

Ini baru sikit..ada lagi tu..

Bila dah tak lalu nak pandang kuih raya, apatah lagi nak makan, opis lah yang menjadi tempat "pembuangan" kuih raya. 

Pergi tiap-tiap meja mesti ada aje kuih raya, takpun kerepek raya (eh? ada ke "kerepek raya"?)

Bagus juga bawak pergi opis, takdelah membazir kuih raya, sampai ada yang last-last masuk tong sampah.

P/s: Korang dah tengok Gadget baru dari Sony ni? Mehlah tengok.


Sunday, August 4, 2013

Tak sempat nak jumpa Hari Raya ni

Kuih Kaca @ Kuih Mazola
Nampak gaya macam tak sempat aje kuih kacang ni sampai Hari Raya nanti. Dah setengah balang dah ni.

Kalau korang nak tahu, kuih raya favourite saya, Kuih Kacang. Nama lain Kuih Mazola. 

Dulu masa kecik-kecik (sekarang usia remaja..hik hik..please!) Mak Lang saya pakar buat kuih ni and selalunya dia akan reserve satu tin besar susu Dutch Lady untuk saya. Punya kedekut tak nak bagi orang lain, siap simpan dalam almari baju lagi. Tahanlah 2-3 bulan kuih tu.

Kuih favourite lain pulak Kuih Batang Buruk dengan Kuih Tart Nenas. Layan dengan teh O atau kopi O memang terbaik.

Apa pulak kuih raya favourite korang?


Ads by Nuffnang