Ads by Nuffnang

Sunday, February 21, 2010

Terbukti!!! Tajuk sensasi memainkan peranan. Posting di Innit @ Nuffnang


Aku saja bukak innit@nuffnang sebab nak baca-baca entri yang terbaru. Aku suka tengok-tengok kat sini untuk belajar cara berblogging untuk naikkan lagi blog aku yakni Bo Is A Nerd.

Tapi aku terkejut entri aku yang agak budus boleh termasuk Top 10 Innit. Tolong lah nang kalau sudi http://innit.nuffnang.com/view.php?id=184358

Ini dah kali ke-5 posting aku masuk Top 10 Innit. Pada aku, masuk Innit tolong sedikit sebanyak menaikkan traffic kita. Lagi satu, boleh kita kenal blogging style orang lain.

So, rajin-rajinlah kawan-kawan melawat Innit sebab lagi banyak kita belajar dari orang lain (blogger lain), lagi bestlah blog kita nanti, insya'Allah.

Keep on blogging guys!

Saturday, February 20, 2010

Berapa baru nak cashout Nuffnang earnings?

 Gambar ihsan dari kancilbiru

Selalunya bila kita dah tengok earnings Nuffnang dah lepas RM50, kita dah gatal tangan nak cashout. Tapi bila fikir balik, macam tak best pulak tengok dapat cheque nanti dapat RM 49 aje (seringgit Nuff dah ambil untuk processing fee). Betul tak? Kalau amount sekurang-kurangnya ratus-ratus memang lah lagi seronok dan teruja. Nak update blog pun lagi bersemangat sampai meleleh-leleh keluar telinga.

Aku selalu cashout monthly sebab nanti tahulah at least tiap-tiap bulan ada jugaklah nak buat simpanan ke buat bayar-bayar bila sesak-sesak ke. Selalunya lepas lah earnings tu untuk aku bayar Streamyx dengan ASTRO.

 Nak buang movie package dari ASTRO...cerita-cerita tak best..

Tapi aku nak kasi tukar sebab aku rasa kalau biar dia "grow" pun ok juga. Macam orang selalu kata, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Sekali cashout RM 1 ribu..hahaha....in your dreams Bo!

So, apa pendapat korang tentang berapa amount yang paling best untuk cashout? Cecah RM50 terus cashout atau biar dia jadi ribu riban?

Aku hampir di baham singa

Aku bersyukur aku masih hidup selepas kejadian ngeri ini...




Friday, February 19, 2010

Mana lagi best...hadiah ke duit?


Apa yang korang nampak kat atas tu ialah benda yang aku akan kena cari minggu ini dengan wife aku yang masih lagi bersemangat nak pergi shopping walaupun dah 7 bulan mengandung. Gagah lagi tu. Hebat betul tarikan shopping pada wanita.

Berbalik pada entri kali ini. Tiap-tiap kali kalau ada wedding mesti persoalan ini timbul. Nak bagi duit ke nak bagi hadiah? Duit ke hadiah? Picture frame ke angpow RM 30? Masa wedding aku dulu, dengan tanpa segan silu aku memang mintak kawan-kawan bagi duit dari hadiah sebab nanti mesti ada yang bagi hadiah berulang-ulang. 

Kalau korang tak tahu apa maksud hadiah berulang-ulang ini, dia adalah hadiah yang sama jenis seperti mendapat dua sandwich maker warna putih berjenama Pensonic atau dapat sampai empat foto album. Hadiah-hadiah ini akan ku recycle pada majlis kahwin yang aku pergi. Kesian pasangan yang tak berdosa tu. Tak pasal-pasal dapat hadiah reject. Minta ampun.

Aku dapat dua biji sandwich maker jenama Pensonic ini, siapa nak lagi satu?

Sebab itu kalau ada majlis kahwin aje mesti aku bagi duit. Senang dan rasanya pasangan pengantin pun suka. Macam dapat duit hari raya pun ada juga. Part hadiah kita biarkan pada orang lain sebab memang ada orang bagi hadiah kahwin. 

Tapi bagi hadiah kahwin pun seronok juga sebenarnya. Mesti pengantin seronok juga dapat koyakkan bungkusan yang orang bertungkus lumus  beli dan bagi pada orang kedai Memory Lane untuk bungkus. Jangan tipulah kalau ada yang mengaku masih lagi bungkus hadiah.

So, apa yang paling best? Bagi hadiah ke bagi duit?