Ads by Nuffnang

Monday, May 24, 2010

Perginya seorang pejuang...


Entri ini a bit overdue but better late than never. Two weeks ago, Zul @ Bozord meninggalkan kita. Pemergian Zul di rasai oleh kami yang mengenalinya. Di harapkan dia gembira dan tenang di tempat dia berada sekarang iaitu Melbourne, Australia. Hehehe....ayat opening bunyi lain macam aje. Knock on wood.

Dua minggu dia takde ni rasa sessi melepak kawan-kawan kurang ceria. Sunday Futsal NATS dah hilang competitive edge and fun. Tapi sebab kami nak Zul, Maz and the kids be more succesful and happy, kitorang accept their move.

Good luck Zul, Maz, Zareef and Zara. Try to keep in touch and come back whenever you guys can. Also, we'll try to get ourselves over there seeing that dah confirm ada tempat tidur and makan free...hehehe. Don't be a stranger and all the best.

Saturday, May 22, 2010

Bibik oh bibik

Topik yang hangat di bincangkan sekarang ini ialah keadaan kerja untuk pembantu rumah dari Indonesia. Kerajaan Indonesia dah halang pengambilan orang Indonesia sebagai pembantu rumah @ bibik sebab kononnya hak kemanusiaan dan pekerjaan rakyat mereka ini tak terjaga. Selagi satu persetujuan tak diadakan, maka tiada lagi pengambilan mereka ke Malaysia sebagai pembantu rumah.

Baru-baru ini ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengadakan persetujuan dengan seteru Indonesia untuk sediakan beberapa syarat. Di antara syaratnya:


  1. Pembantu rumah diberi sekurang-kurangnya 1 hari cuti setiap minggu.
  2. Pasport atau dokumen pengenalan pembantu rumah yang pegang. Kalau ada persetujuan dengan majikan, lain lah cerita.
  3. Gaji minima RM 800 sebulan (masih lagi dalam perbincangan)
Pada aku, dua syarat ini saja dah cukup menyusahkan majikan sebab sekarang pun kalau majikan pegang dokumen perjalanan pun orang gaji lari. Bukan selalunya salah majikan kalau orang gaji lari. Kekadang, ada yang ikut kekasih (jumpa kat Malaysia), lari ikut suami atau kena pancing dengan orang lain.

Pengalaman aku dengan orang gaji, masa aku sekolah menengah, orag gaji keluarga aku yang di anggap sebagai ahli keluarga lari masa adik aku yang baru 14 bulan tengah tidur. Nasib baik aku balik awal dari training bola petang tu. Kalau tidak, apa entah yang boleh jadi.

Pasal cuti tu pula, bolehlah terima. Cuma, kalau sekarang gaji dia RM 500 sebulan, kenalah bayar kurang sikit dari itu. Kita potonglah gaji dia untuk hari yang cuti tu. Kira adil pada kita juga kalau macam tu. Bukannya ada surat "confirmation" macam kerja syarikat tunjuk berapa hari cuti yang dia boleh ambil.

Kalau di beri peluang berforum dengan PM tentang perkara ini, ada beberapa syarat aku nak kemukakan:

  1. Makan dan minum kena cari sendiri. Kalau nak makan atau minum dari keluarga majikan, kenalah bayar.
  2. Bayar sebahagian dari bil air, elektrik atau telefon yang di gunakan. Kalau dulu percuma sebab kita anggap sebagai keluarga, sekarang silalah bayar.
  3. Pemberian gaji seperti apa yang di tulis di atas. Cuti tanpa gaji lah senang cerita.
Idea lain aku takde buat masa ini. Aku tahu orang gaji Indon ini manusia, tetapi pandai pula demand sekarang ni. Kalau susah sangat, ambil aje orang gaji Filipina. Comel pun lagi comel..hehe..ke situ pulak. Fikir-fikirlah ye kawan-kawan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur kena bayar ganti rugi RM 750,00 kepada seniman.



Hampir tersedak aku pagi ini semasa baca tajuk berita dalam akhbar Kosmo hari ini. Datuk Bandar Kuala Lumpur perlu bayar ganti rugi RM 750k kepada seniman dan pencipta arca UMBC, Datuk Syed Jamal Syed Jamil Sahil sebab mengubahsuai bentuk dan menukar bahan binaan arca pada hasil ciptaannya.

Bukan sahaja kena bayar ganti rugi, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur arahkan Datuk Bandar KL untuk menanggung kos guaman Datuk Syed Jamal dan bayar 8% faedah setahun sejak kes di failkan. Aku memang setuju dengan keputusan mahkamah ini sebab sekarang ini kebanyakan orang atasan dalam negara kita memang sombong dan rasa besar diri. Ini terbukti bila Datuk Syed Jamal kata bila di ajak berbincang, permintaan beliau tidak di endahkan pihak Datuk Bandar. Sekarang, siapa yang rugi? Rakyat rasanya.

Persoalannya sekarang, Datuk Bandar Kuala Lumpur ada duit ke nak bayar ganti rugi banyak itu? Aku macam ada feeling yang ada kemungkinan duit cukai rakyat yang akan di gunakan untuk melangsaikan pembayaran ganti rugi itu. Apa pendapat kawan-kawan semua?

Tuesday, May 18, 2010

Video explaining why Lin Dan beat Chong Wei easily..

I came across a video showing how Chinese badminton ace, Lin Dan practices. No wonder he toyed with all his opponents and beaten Datuk Lee Chong Wei quite easily.




P/s: I know its a camera trick ala Nike with Ronaldo.