"Yang, kita singgah sini kejap. Nak try Tutti Frutti ni. Cam best je". Itulah kata-kata manis wife aku masa berjalan di One Utama semalam. Ada gambar-gambar aku snap masa tengah "merasa" Tutti Frutti first time.
Rupa-rupanya frozen yoghurt ni di timbang, baru tahu berapa harga yang kita kena bayar. Satu scoop untuk Tutti Frutti experience first time ni RM 18. Wow! Yoghurt paling mahal aku pernah cuba. Tapi sedap. Patutlah mahal. Apa-apa pun, Tutti Frutti...we will meet again *smiles*smiles*
P/s: Walaupun agak mahal, bebelanja untuk keluarga sekali sekala is priceless lagi-lagi bila kita berkemampuan. Lebih baik belanja pada keluarga dari belanja benda-benda yang mengarut seperti modify kereta. Pendapat saya sahaja.