Ads by Nuffnang

Friday, January 13, 2012

Air Asia X batalkan penerbangan ke Eropah, Mumbai dan Delhi

Bye Bye Air Asia X
Nampaknya kenalah saya buat booking semula tiket flight pergi London bulan April ini selepas Air Asia X mengumumkan pembatalan penerbangan pergi ke Eropah, Delhi dan Mumbai semalam. Dah dapat pun email dari Air Asia memberikan pilihan-pilihan di sebabkan pembatalan ini. Dua option ialah full refund atau tukar destination. Full refund lah cenggitu.

Air Asia X terpaksa membatalkan service ke destinasi-destinasi itu kerana kenaikan harga minyak dan cukai penumpang yang semakin melampau. 

CEO Air Asia X, Azran Osman Rani mengatakan tiada pulangan positive kepada Air Asia jika meneruskan penerbangan ke destinasi tersebut walaupun sudah di usahakan cost-cutting measures.

Nampaknya ini juga petanda awal hasil partnership Air Asia dengan MAS. MAS yang mengalami kejatuhan kini lebih fokus pada destinasi premium sepert Eropah dan menarik diri dari destinasi bajet yang dahulunya mereka bersaing dengan Air Asia.

Hello MAS
Nampaknya saya kenalah book semula tiket dengan MAS untuk pergi ke London bulan April ini. Ada juga hikmahnya sebab harga tiket MAS ada offer sekarang ini.

No comments:

Post a Comment

Comment here