Ads by Nuffnang

Friday, January 6, 2012

Simple Plan Live in Kuala Lumpur 14 January 2012


Dapat email semalam dari PR Officer Tune Talk Mobile Prepaid untuk buat coverage konsert Simple Plan Live in Kuala Lumpur di KL Live, Jalan Sultan Ismail pada Sabtu, 14 Januari 2012. 

Simple Plan berasal dari Montreal, Canada dan terdiri dari lima orang ahli iaitu Pierra Bouvier (vokalis), Jeff Stinco (gitar utama), Sebastien Lefebvre (gitar rythm, vokalis support), David Desrosiers (gitar bass) dan Chuck Comeau (drum dan percussion). 


Mereka telah mengeluarkan empat album studio No Pad, No Helmets....Just Balls (2002), Still Not Getting Any (2004), Simple Plan (2008) dan "Get Your Heart On!" (2009).

Di antara lagu popular Simple Plan ialah "I'm Just a Kid", "I'd do Anything", "Welcome to My Life", "Shut Up!" dan "Perfect". 

Kedatangan Simple Plan ini ialah konsert keempat dalam "No Big Deal lah Concert Series" yang di bawakan oleh Tune Talk Mobile Prepaid selepas kedatangan Far East Movement, Jacky Cheung dan Rock the World 11. Tiga konsert lagi yang di jadualkan ialah Avril Lavigne (Februari 2012) dan dua lagi konsert pada bulan March dan April nanti yang masih lagi dalam perancangan. 

Tiket konsert Simple Plan boleh di dapati di Ticket Pro (www.ticketpro.com.my), Rock Corner dan Victoria Music harganya adalah seperti berikut:

  • Rock Zone - RM 258
  • Upper Tier - RM 188
  • Free Standing - RM 98

Eksklusif untuk pengguna prepaid Tune Talk, mereka boleh redeem Tune Talk points untuk mendapatkan tiket percuma serta berpeluang untuk ganjaran -ganjaran lain. 

Lawatilah laman web Tune Talk Mobile prepaid www.tunetalk.com untuk maklumat lanjut untuk cara-cara redeem points atau untuk mendapatkan pek prepaid anda hari ini.


P/s: Kalau korang, siapa yang korang nak Tune Talk bawak masuk untuk lagi dua konsert tu?

4 comments:

  1. dolu2 minat giler kat simple plan, sume lagu hafal...
    p sejak masuk kolej sume da kureng, hehee

    ReplyDelete
  2. band ni dah lama. sejak sekolah menengah kot lg.. tp lagu dorg still best.. :)

    ReplyDelete
  3. waa....simple plan dtg malaysia???
    sy sgt suka lagu2 mereka..:D

    ReplyDelete

Comment here