Ads by Nuffnang

Tuesday, January 3, 2012

Bawa rilek-rilek ajelah brader

Idaman sejak dari sekolah. Skyline GTR.

Soalan ini di tujukan kepada tuan/puan pemilik kereta sport atau yang berkuasa tinggi ini. 

Kenapa korang perlu bawak laju-laju padahal dah tahu ada banyak kereta dan kurang tempat nak mencilok?

Cuba korang bawak kereta tu dengan keadaan relax, tenang dan tak bahayakan orang lain. Tak payah nak "tailgate" rapat-rapat sampai rasa nak naik ke atas bumbung kereta depan. Sangatlah faham kalau korang argue "tak bestlah kalau bawak slow-slow Porsche Carrera 911 ni. Bawak laju baru feel", tapi agak-agaklah. Tengok keadaan dan tempat lah bro kalau nak bawak laju-laju tu.

Kalau nak tunjuk kat kami yang bawak kereta buatan Malaysia atau Jepun yang kereta korang ini laju, tak perlulah sebab dah memang kami tahu kereta korang tu laju dan berdesup-desup perginya.Tak perlulah cuba nak mencilok macam kena kejar dengan 12 biji kereta polis. Kurang sikit nampak class korang bila buat macam ni. Nampak macam budak lepas SPM baru dapat lesen P. Show a bit more class to match your high performance vehicle would be the best.

Kalau nak tunjuk pada kami kereta korang tu best, memang dah tahu best. Kalau korang bawak laju-laju, tak sempatlah kami nak usha. Bawak relax dan cruising bukan saja dapat bagi kami peluang usha kereta tuan/puan dengan lebih lama malah makin buat kami sedikit jealous. Banyak pun ada.

So, itulah pesanan yang tak seberapa dari saya ini. Memandulah dengan bertimbang rasa dan selamat. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Comment here