Ads by Nuffnang

Monday, January 16, 2012

Jom terjah Flea Market @ e-Curve, Mutiara Damansara

Hujung minggu lepas bawak isteri untuk mencari hadiah buat kawan sekerja yang datang dari US. Nak cari cenderamata yang ada Malaysian feel. Saya ada cadang bagi durian aje, tapi isteri kata tak nak derang pengsan dari bau durian. Betul juga. Siapa nak jawab nanti. So, cubalah nasib dengan terjah Flea Market @ e-Curve Mutiara Damansara.

Flea market ini kalau di overseas memang perkara biasa. Selalunya tempat/market bebas untuk orang jual barangan terpakai atau pre-loved items. Iyelah, dari simpan kutip habuk baik jual pada orang yang hendak dan dapat sikit duit balik. 

Flea market @ e-Curve ni hanya ada pada hujung minggu saja (sabtu & ahad) dan dari 9 pagi hingga 9 malam. Macam-macam benda ada tapi konsep lari sikit dari flea market sebab kebanyakan barang yang di jual barang-barang baru dan sikit aje yang jual pre-loved items atau barang rare.

Takpe, yang penting dapat beli cenderahati iaitu woven purse (purse anyaman) sebab ada sikitlah konsep Malaysia kat situ. Hope the visitors like the bags.

Tanglung Tahun Baru Cina menambahkan mood membeli
Banyak juga gerai-gerai flea market 
Walaupun cuaca agak panas tapi tak menghalang ramai yang datang
Ada jual kasut and dresses
Handbags dan barang-barang kulit
Accessories hiasan diri. Nasib baik isteri tak minat
Jadi model gerai mainan kejap lepas beli bubbles untuk Kaisan
Inilah yang di cari dan di beli. Cantik-cantik dan harga pun berpatutan.

So, dah terjah flea market @ e-Curve dan car boot market kat Stadium Shah Alam. Kat mana lagi ada flea market macam ni?

P/s: Suka pergi flea market sebab boleh cuci mata dan dapat barang harga murah.

No comments:

Post a Comment

Comment here