Pages

Wednesday, July 4, 2012

Harga minyak RON 97 turun 20 sen mulai esok, PRU 13 makin dekat?



Berita baik bagi pengguna minyak RON 97 apabila kerajaan mengumumkan harga akan turun 20 sen mulai esok, (Khamis) menjadi RM 2.60 dari harga sekarang RM 2.80.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengatakan penurunan harga adalah seiring dengan penurunan harga minyak mentah pasaran dunia sejak bulan June 2012.

Penurunan ini tiada kesan pada saya sebab masih menggunakan RON 95 tetapi tahu kawan-kawan yang menggunakan kereta yang mahal-mahal atau memang menjaga kereta mesti sedikit gembira. Sikit ajelah.

Cuba kerajaan turunkan harga RON 95 pula sebab rata-rata rakyat memang menggunakan RON 95 sebab lebih murah. Wishful thinking because its impossible due to the market and also Government policies. 

P/s: Turun harga minyak mungkin juga strategi kerajaan untuk Pilihan Raya Umum (PRU 13) yang akan datang? Betul ke?

3 comments:

  1. tolongglaaaa 95 sekali! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello! Long time no hear from you my friend. Itulah pasal,turunkanlah RON 95 sekali alang2.

      Delete
  2. jangan naik selepas pilihanraya udah... mcam lepas PRU dulu. keh keh keh

    ReplyDelete

Comment here

Ads by Nuffnang