Hari ini 300 orang rakyat Malaysia yang di ketuai oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan di sertai ahli-ahli Pemuda MIC, beberapa organisasi bukan kerajaan (NGOs), bloggers serta rakyat Malaysia yang lain telah mengadakan demonstrasi bantahan terhadap campur tangan Australia dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Satu memorandum di hantar ke Suruhanjaya Tinggi Australia dalam membantah tindakan 50 ahli Parlimen Australia yang "menyuruh" kerajaan Malaysia gugurkan kes liwat terhadap timbalan bekas PM Malaysia itu dengan menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra pada hari Jumaat lepas.
Memorandum yang di serahkan kepada Duta Australia, Penny Williams itu juga inginkan 50 MP Australia itu meminta maaf pada kerajaan Malaysia dan rakyatnya di atas sikap kurang ajar mereka.
Tindakan kurang ajar 50 ahli Parlimen Australia ini seperti nak kata sistem kehakiman Malaysia ini tak boleh di percayai. Walaupun aku pun tak mampu untuk komen panjang tentang kes liwat Anwar ini, tapi orang-orang asing ini (MP Australia) sepatutnya menjaga tepi kain diorang sendiri.
Negara yang asalnya menjadi tempat pembuangan banduan British ini memang selalu suka masuk campur dalam hal-hal dalaman Malaysia. Begitulah pemikiran 50 MP ini yang bernenek moyangkan banduan-banduan terkutuk. So, tak heranlah mereka boleh bersikap biadap sebegini.
Kenapa nak masuk campur hal dalaman Malaysia? Ada apa dengan Australia?