Ads by Nuffnang

Thursday, September 23, 2010

Kebodohan Cinta

 Fazli dijatuhkan hukuman gantung sampai mati

Semalam keputusan perbicaraan pembunuhan adik Syafiah Humaira, 3 tahun telah di capai. Teman lelaki ibu adik Syafiah, Mohd Fazli Bin Jamil, 28 tahun telah di jatuhkan hukuman mati oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohtarudin Baki.

Allahyarham Adik Syafiah Humaira

Kes adik Syafiah Humaira di mana dia di dera berulang kali oleh bintang bertopengkan manusia ini & akhirnya meninggal dunia apabila di sepak & di belasah di padang bolasepak di hadapan orang ramai. Fazli mengatakan Syafiah mati terjatuh semasa mandi pada hari kejadian & juga pada hari kejadian dia (Fazli) mabuk & 'high' kerana mengambil ganja. Kedua-dua alasan tidak di terima oleh hakim.

Ibu pesalah dua kali pengsan setelah mendengar hukuman di jatuhkan, manakala ibu adik Syafiah masih mengatakan dia menyayangi & mencintai lelaki tersebut dan tidak menyalahkannya dalam kematian anaknya itu. Mereka mempunyai seorang anak berumur 18 bulan hasi perhubungan haram mereka.

Sepatutnya ibunya sekali patut di humban ke dalam penjara atau di rotan cukup-cukup. Cinta boleh membuatkan orang jadi bodoh & buta. Apa-apa pun, hukuman setimpal telah di jatuhkan dan kita semua hanya boleh mendoakan adik Syafiah di kalangan mereka-mereka yang beriman. Amin. Al-Fatihah.

Wednesday, September 22, 2010

9 ekor anjing adik-beradik peguam di bunuh

Anjing-anjing peguam bersaudara setelah di matikan oleh Pegawai Daerah Kuala Langat

Semalam, 9 ekor anjing adik-beradik peguam yang terlibat di dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati di Banting telah di matikan oleh Pegawai-pegawai Daerah Kuala Langat. Anjing-anjing itu yang terdiri dari 6 ekor Rottweiler, 2 ekor Dalmations & seekor Bulldog telah di matikan kerana ganas & menyerang haiwan-haiwan lain di dalam ladang yang menjadi tempat penyiasatan polis.

Bangkai-bangkai anjing di bawa ke tapak pelupusan Sungai Sedu untuk di tanam.

Tuesday, September 21, 2010

Is it hard to follow rules?

A cyclist not using the bike lanes

This was a picture I took of a motorcyclist just refusing to use the motorcycle lanes that are made especially for them along the Federal Highway. I have seen quite o few accidents where motorcyclist knocked down by cars when they change lanes.

Cannot blame the car drivers because they wouldn't expect cyclist to use the main road. They would expect them be using the bike lanes.  So, why just they cannot use the bike lanes provided for them and not endanger their lives and also others?

Wow..my luck..there is another one not following the rules

Thursday, September 16, 2010

Hot Dog ada, Pari Bakar ada, Ayam BBQ ada...macam-macam ada!

 
Seperti hari raya pada setiap tahun, keluarga besar aku di Taiping akan buat BBQ and pot luck pada malam raya ke-2. Memang seronok bila semua orang berkumpul sebab susah nak dapat kumpul semua orang due to komitment kerja, family, studies dan lain-lain komitment.

Master Chef Pak Teh Amir, Mak Teh & Asst. Chef Kimi

Setiap tahun juga BBQ akan di terajui oleh Master Chef, Pak Teh Amir. Pak Teh memang pakar bab masak. Rugi kalau siapa yang tak join kalau dia yang jadi cook-nya. Tahun ni di sebabkan aku terikat dalam menjaga si Kaisan, adik aku pulak mengambil alih sebagai assistant chef. Gadingan mantap kali ini.

Nur & Faten

Meja-meja & kerusi plastik setting baik punya kat depan rumah tok ni. Bagus juga rumah tok ni corner lot, boleh setting ala-ala kedai mamak. Pujian & penghargaan penyediaan tempat duduk & makan di beri kepada Paksu Zambri.


BBQ!

Berbalik pada aspek utama BBQ......THE FOOD! Ada ikan pari, ikan siakap, ikan kembung, ayam, udang, potato salad, mashed potato (siap dgn gravy lagi) & macam-macam drinks. Makanan dah best, crowd pun best, memanglah seronok raya di Taiping pada tahun ini. Burrpp...alhamdulillah...excuse me =P

Chefs starting the BBQ
ikan ada, ayam ada...
Sha menghiburkan makcik-makcik
Ikan Pari Bakar
BBQ in process
Terbaik!!!
Semua happy....& kenyang..burrrrppp..alhamdulillah.