Pages

Thursday, September 23, 2010

Kebodohan Cinta

 Fazli dijatuhkan hukuman gantung sampai mati

Semalam keputusan perbicaraan pembunuhan adik Syafiah Humaira, 3 tahun telah di capai. Teman lelaki ibu adik Syafiah, Mohd Fazli Bin Jamil, 28 tahun telah di jatuhkan hukuman mati oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohtarudin Baki.

Allahyarham Adik Syafiah Humaira

Kes adik Syafiah Humaira di mana dia di dera berulang kali oleh bintang bertopengkan manusia ini & akhirnya meninggal dunia apabila di sepak & di belasah di padang bolasepak di hadapan orang ramai. Fazli mengatakan Syafiah mati terjatuh semasa mandi pada hari kejadian & juga pada hari kejadian dia (Fazli) mabuk & 'high' kerana mengambil ganja. Kedua-dua alasan tidak di terima oleh hakim.

Ibu pesalah dua kali pengsan setelah mendengar hukuman di jatuhkan, manakala ibu adik Syafiah masih mengatakan dia menyayangi & mencintai lelaki tersebut dan tidak menyalahkannya dalam kematian anaknya itu. Mereka mempunyai seorang anak berumur 18 bulan hasi perhubungan haram mereka.

Sepatutnya ibunya sekali patut di humban ke dalam penjara atau di rotan cukup-cukup. Cinta boleh membuatkan orang jadi bodoh & buta. Apa-apa pun, hukuman setimpal telah di jatuhkan dan kita semua hanya boleh mendoakan adik Syafiah di kalangan mereka-mereka yang beriman. Amin. Al-Fatihah.

4 comments:

  1. sakit hati berulam jantung nengok binatang tue .. selamber derk jer kuar mahkamah .. macam muka x bersalah ! eyyy geram!

    ReplyDelete
  2. nanti dekat kat tali gantung meraung la..dia

    ReplyDelete

Comment here

Ads by Nuffnang