Pages

Saturday, September 4, 2010

Dah bayar zakat fitrah anda tahun ini?







Aidilfitri dah makin dekat. Persiapan raya semua dah almost lengkap. Tiket balik kampung pun dah beli. Ada lagi ke benda yang tak buat lagi untuk Aidilfitr tahun ni? Zakat fitrah belum lagi? Haaa...kalau tak bayar zakat fitrah, tak gunalah persiapan raya tahun ni sebab zakat fitrah melengkapkan kesemuanya.

Tahun ni untuk Wilayah Persekutuan kadar fitrahnya ialah RM 7 untuk seorang. Macam aku sebab ada tanggungan (isteri & anak seorang), kenalah bayar RM 21.

Tunggu apa lagi? Pergi lah bayar cepat. Tempat pungutan boleh di jumpai di masjid, surau, pejabat pungutan zakat negeri & ada juga di sediakan di shopping complex.

No comments:

Post a Comment

Comment here

Ads by Nuffnang