Pages

Monday, August 15, 2011

Datuk Lee Chong Wei terpaksa akur dengan kehebatan Lin Dan

Datuk Lee Chong Wei nampaknya terpaksa menunggu lagi untuk menamatkan badi dalam mendapatkan kejuaraan besar apabila tewas kepada musuh ketat, Lin Dan. Perlawanan akhir Kejuaraan Dunia di Wembley Indoor Arena yang disiarkan secara siaran langsung di TV1 berakhir dengan mata 22-20, 14-21 dan 21-23.

Ini merupakan kejuaraan dunia keempat buat pemain utama China ini dan sekali lagi menyaksikan dia menjadi penghalang kepada Chong Wei. Chong Wei masih lagi belum memenangi salah satu kejuaraan besar dalam sukan badminton dan perlu fokus kepada pingat emas Olimpil London 2012.


Perlu fokus kepada Olimpik 2012
Di kalangan seratus penyokong Malaysia yang hadir, pelajar Malaysia Muhammad Ashraf Haziq Rossli. Muhammad Ashraf merupakan pelajar Malaysia yang menjadi berita utama di United Kindom apabila dia di rompak dan dibelasah semasa rusuhan di London minggu lepas.

No comments:

Post a Comment

Comment here

Ads by Nuffnang