Ads by Nuffnang

Friday, August 19, 2011

Datuk Seri Tony Fernandes sah pemilik baru QPR

Datuk Seri Tony Fernandes bersama pengurus QPR , Neil Warnock

Datuk Seri Tony Fernandes kini memiliki 66% pegangan dalam pasukan Liga Perdana Inggeris (BPL), Queens Park Ranger (QPR). Beliau membeli saham-saham dari pemilik majoriti sebelum ini iaitu pemilik Formula One (F1), Bernie Ecclestone dan  bekas pemilik pasukan F1 Renault, Flavio Briatore. Pemilik saham lain ialah bilionair India, Lakshmi Mittal.

QPR yang kembali ke BPL selepas 15 tahun, memulakan musim 2011-2012 dengan kekalahan 4-0 kepada Bolton dengan di selubungi persoalan tentang pemilikan QPR serta masa depan pengurus, Neil Warnock.

Datuk Seri Tony Fernandes sudah menyatakan akan memberi sokongan penuh kepada Warnock dalam usaha membina pasukan yang kompetitif dan untuk kekal dalam BPL.

Datuk Seri Tony Fernandes yang merupakan penyokong West Ham United kini menjadi pemilik kepada syarikat penerbangan Air Asia, chairman Tune Group dan juga pasukan Formula 1 Team Lotus Formula One selain dari menjadi pemilik QPR.

1 comment:

  1. Assalamualaikum...

    Moga selepas ini akan ada peluang untuk p[emain dari Malaysia menjalani perlawanan ujian untuk membolehkan bakat bola sepak mereka dinilai dan seterusnya berpeluang untuk bermain dalam liga orang putih ini...

    ReplyDelete

Comment here