Pages

Tuesday, April 26, 2011

Oh nasi lemak!

Nasi lemak telur mata goyang favourite sarapan

Mulai bulan depan, kantin sekolah hanya di benarkan menyediakan nasi lemak hanya dua kali seminggu dalam menu untuk pelajar sekolah. Fast food seperti pizza, burger dan sosej di haramkan langsung dari menu di kantin sekolah. Ini adalah langkah Kementerian Kesihatan dalam menurunkan tahap obesiti di kalangan pelajar sekolah.

Senarai penuh makanan dan kekerapa hidangan:
  • Dua kali seminggu - nasi lemak, nasi goreng, laksa
  • Sekali seminggu - lontong, nasi pulut, mi kari
  • Setiap hari - mee hoon & kuey tiow goreng
Selain itu, minuman berkarbonat, kopi, gula-gula, teh, minuman berperisa tiruan dan mi segera juga di haramkan. Kementerian juga mengatakan penyediaan juga haruslah teliti dalam kandungan garam, minyak dan santan untuk mengelakkan makanan dari menjadi tidak sihat.

Pada pendapat aku, makanan di luar pagar sekolah juga perlu di pantau. Senang-senang aje pelajar sekolah untuk membeli makanan-makanan yang tak berkhasiat. 

P/s: Time waktu rehat sekolah menengah dulu suka makan pau ayam dengan sirap bandung.

Tuesday, April 19, 2011

Politik Sarawak dah habis tapi politik office tak habis-habis lagi...

Office politics. Satu perkara yang memang aku bangkang habis bila berlaku kat tempat kerja. Boleh nampaklah orang-orang yang betul-betul buat kerja, orang-orang yang bercakap dengan kita lain tapi dengan management & bosses lain (double standards) dan orang-orang yang memang terang-terang bodek habis boss.

Lately, yang buat aku pelik bila orang yang aku  tak sangka akan terlibat dalam office politics ni pun dah mula involvekan diri. Mungkin dia rasa tercabar sebab rival dia, by the way seorang yang suka mengurut boss (literally urut) mula mendapat perhatian boss.

Dari pengalaman aku, orang-orang yang pandai main office politics selalunya akan cepat naik di office. Perlu ke main office politics aku ni?

Monday, April 18, 2011

Bila nak cari tiket free, barulah nak cari aku....


Selamat pagi! Monday blues datang lagi. Kenalah cari motivation & tenaga untuk minggu baru. Why can't we have 3-days weekend???!!

Pagi-pagi lagi aku di kejutkan dengan sms "Bo, ada tak tiket free untuk konsert Justin Bieber? Kalau kau ada tiket lebih, nak jual pun okay jugak, Bukan aku yang nak, tapi anak buah aku yang bising-bising nak pergi". Arrgghh...time ada konsert baru nak cari aku. Aku pergi pun sebab aku kena kerja.

Company yang aku bekerja, Tune Talk minggu ini sponsor Justin Bieber's My World Tour konsert dekat Stadium Merdeka pada 21hb April ni. Seperti biasalah, bila ada konsert, staff semua kenalah turun padang. Tak kiralah kita tu kerja finance ke, marketing ke, IT ke. Mestilah kena tunjuk support.

Kepada yang nak tiket free atau tiket murah, minta maaf sebab staff pun tak dapat tiket free.

Sunday, April 17, 2011

E-Filing siap! Aku terlebih bayar...yes!


Yahoo!! Aku baru siap buat e-filing bersama isteri. Buat filing berasingan dan keputusannya masing-masing terlebih bayar PCB. Maksudnya, dapat baliklah duit yang dah terbayar pada LHDN bulan-bulan tu. Alhamdulillah.

Lega rasanya dah menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Tak payah tunggu last minute nak settlekan benda ni. Kalau tunggu dekat-dekat akhir nanti mesti tak boleh access site LHDN nanti.

Kepada yang belum buat e-filing, silalah buat sebelum akhir bulan ni. Ini link dia E-FILING Ingat balik apa-apa perbelanjaan yang boleh dapatkan kita deduction macam resit majalah, medical check up, pembelian barangan sukan dan sebagainya.

P/S: Bayar zakat fitrah dapat juga pelepasan cukai. Alhamdulillah.

Wednesday, April 13, 2011

Dilemma....dilemma...

Aku sudah comfortable dengan keadaan sekeliling. Sudah comfortable dengan orang-orangnya. Kerjanya masih lagi boleh tahan. Tetapi aku tidak berpuas hati dengan tahap penghargaan yang di beri. Aku perlu mencari rezeki yang lebih untuk keluarga sebab mahukan yang terbaik untuk mereka.

Aku tahu mungkin di tempat lain rezekiku mungkin lebih lumayan tetapi adakah aku akan lebih gembira dan selesa? Semua ini harus aku fikirkan. Sekarang, aku bukan hanya perlu fikir tentang diri aku. Tapi kena fikir juga tentang mereka yang bergantung kepada aku. Kebahagaiaan mereka adalah kebahagiaan aku.

Dilemma...dilemma.....

Monday, April 11, 2011

2011 Formula One PETRONAS Malaysia Grand Prix Results

"That's 2 in a row now!," shouts Vettel after his latest triump

Pos Driver Team
1 S Vettel Red Bull
2 J Button McLaren
3 N Heidfeld Renault
4 M Webber Red Bull
5 F Massa Ferrari
6 F Alonso Ferrari
7 K Kobayashi Sauber
8 L Hamilton McLaren
9 M Schumacher Mercedes GP
10 P di Resta Force India
11 A Sutil Force India
12 N Rosberg Mercedes GP
13 S Buemi Toro Rosso
14 J Alguersuari Toro Rosso
15 H Kovalainen Lotus
16 T Glock Virgin
17 V Petrov Renault
Ret V Liuzzi HRT
Ret J d'Ambrosio Virgin
Ret J Trulli Lotus
Ret S Perez Sauber
Ret R Barrichello Williams
Ret N Karthikeyan HRT
Ret P Maldonado Williams

Saturday, April 9, 2011

2011 Formula One PETRONAS Malaysia Grand Prix Qualifying Results

Top 3 pole sitters. From left; Webber, Vettel & Hamilton

Reigning World Champion, Sebastian Vettel used the KERS system to his advantage and piped the improving McLaren of Lewis Hamilton. Vettel's teammate, Mark Webber took the 3rd pole position on the grid.

Red Bull had spurned the use of KERS during the Australian GP last month and the results of the system did surprise Red Bull principal, Christian Horner. The KERS maybe was the only thing that made the difference against the fast McLaren cars that were the fastest throughout the weeekend.

The race deemed the toughest on the F-1 calender due to the unpredictability of the weather is set for a blockbuster between the Red Bulls & McLarens.

Qualifying results of 2011 Formula One PETRONAS Malaysia Grand Prix  Qualifying

Pos Driver Team
1 S Vettel Red Bull
2 L Hamilton McLaren
3 M Webber Red Bull
4 J Button McLaren
5 F Alonso Ferrari
6 N Heidfeld Renault
7 F Massa Ferrari
8 V Petrov Renault
9 N Rosberg Mercedes GP
10 K Kobayashi Sauber
11 M Schumacher Mercedes GP
12 S Buemi Toro Rosso
13 J Alguersuari Toro Rosso
14 P di Resta Force India
15 R Barrichello Williams
16 S Perez Sauber
17 A Sutil Force India
18 P Maldonado Williams
19 H Kovalainen Lotus
20 J Trulli Lotus
21 T Glock Virgin
22 J d'Ambrosio Virgin
23 V Liuzzi HRT
24 N Karthikeyan HRT

Tuesday, April 5, 2011

Monday, April 4, 2011

Senarai pemenang Anugerah Bintang Popular 2011


Pemenang ABPBH 2010

Bintang Paling Popular - Shaheizy Sam
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Rosnani Jamil Penyanyi Lelaki Popular - Faizal Tahir Penyanyi Wanita Popular - Yuna
Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam
Pelakon Filem Wanita Popular - Lisa Surihani
Pelakon TV Lelaki Popular - Remy Ishak
Pelakon TV Wanita Popular - Fasha Sandha
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular - Sixth Sense
Artis Nasyid Popular - Rabbani
Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan Artis Komedi Wanita Popular - Norkhiriah
Artis Baru Lelaki Popular - Shahir
Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali
Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana

Betul ke lady drivers ni berbahaya?

Lepas futsal tadi sempatlah minum-minum dengan kawan-kawan sambil catch up on lives masing-masing. Dalam sibuk borak tu, ada sorang kawan aku tadi cerita kereta dia kena langgar oleh pemandu wanita. Dia kata "lady driver" tu tukar lane without signal and tengok kiri kanan masa balik dari kerja guna Federal Highway.

Bila borak pasal lady drivers ni, teringat aku tentang kekecohan MP Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar masa kat Parlimen bulan lepas. Beliau mengatakan punca banyak berlakunya kemalangan di jalan raya sebab pemandu wanita ini bila masuk kereta akan rasa berkuasa dan berada dalam dunia sendiri. Tak pandang kiri kanan. Di sebabkan topik ni, Datuk Bung Mokhtar mencetuskan kontorversi terbaru dalam karier politiknya.

Kenyataan Datuk Bung Mokhtar ni sebenarnya berat sebelah. Memanglah ada yang memandu merbahaya tapi pemandu lelaki pun sama juga. Ibu aku drive kereta steady aje. Mungkin Datuk MP Kinabatangan ni merujuk kepada pemandu yang baru dapat lesen ataupun pemandu wanita yang sedikit berumur.

Apa-apa pun, janganlah menuduh orang sebelum merenung diri sendiri dulu.

Kaisan dah mula suka swimming.

Hujung minggu kali ini memang aku tunggu-tunggu. Nak bawak Kaisan turun swimming kali ke-2 selepas introduction masuk swimming pool last week.

Macam biasa, lepas bagi dia tidur terus ajak isteri turun bawak Kaisan turun swimming. Kali ini memang best sebab dia dah makin seronok bermain. Main splash-splash dengan mama dia. Letih pulak memegang dia tapi semua tu hilang bila dengar gelak ketawa dan senyum lebar dia.





Friday, April 1, 2011

Minyak RON 97 naik lagi mulai tengah malam ini

Mulai tengah malam ini, harga petrol RON 97 akan naik lagi 20 sen dari harga sekarang RM 2.30 seliter. Harga baru RON 97 menjadi RM 2.50. Ini adalah kali kenaikan kedua untuk RON 97 untuk tahun ini selepas kenaikan 10 sen pada 4 Januari yang lalu.

Harga RON 95 masih kekal pada harga RM 1.90 seliter.

Ads by Nuffnang