Ads by Nuffnang

Sunday, July 28, 2013

Alhamdulillah. Zakat tahun ini sudah di tunaikan...

Zakat fitrah negeri Selangor @ RM 7.00
Pagi tadi, semasa nak balik dari beli barang dapur di Tesco Extra Mutiara Damansara ternampak meja kutipan zakat fitrah. Alhamdulillah. Sahur tadi dah memang berniat nak bayar zakat fitrah tahun ini. Allah dah tunaikan hajat saya.

Tahun ini bayaran untuk tiga orang tapi insya'Allah tahun hadapan (kalau Allah memanjangkan hidup), akan bayar pula untuk 5 orang. Semoga di permudahkan urusan.

Kalau korang belum bayar, sila cepat bayar. Afdal lagi kalau dekat-dekat nak solat hari raya Eidul Fitri nanti. Cuma takut nanti panjang pula beratur dan tak sempat.

Ini senarai haul zakat fitrah bagi setiap negeri


Untuk kawan-kawan yang menetap di Selangor, klik link ni untuk kaunter-kaunter zakat LZS. Di masjid dan surau-surau pun ada kaunter zakat.

So, korang dah bayar ke zakat fitrah tahun ini?

Thursday, July 25, 2013

Semata-mata untuk mainan Minion Despicable Me 2 McDonalds

Hebat betul penangan mainan minion Despicable Me 2. Tiap-tiap kali keluar yang baru, mesti ada line panjang luar McDonalds.

Ini gambar diambil dari depan McDonald Midvalley pagi ni. Pandai management McD sebab kena beli happy meal baru boleh dapat minion.

Selalu kalau nak toy aje, bayar RM 3 dapat dah. Tak payah beli makanan. Ini aku belajar dari bos aku yang betul-betul gila McD.

Kat McD area korang sama juga ke macam ni?

Tuesday, July 23, 2013

Suka Kaisan dapat Chuggington

Masa kecil dulu, saya dapat set keretapi dari ayah. Memang selalulah mengadap keretapi tu. Sekarang dengan Kaisan pun sejarah macam berulang semula. 

Baru-baru ni dapatkan dia pula set train pertama, Chuggington by Takara Tomy. Set tu ada kepala Wilson dan 7 gerabak. 

Memang seronok tengok Kaisan suka set baru dia ni. Kita pulak ralit tengok train tu berpusing-pusing. Tak kemana pun, pusing-pusing situ aje.

Ingat nak expand rail tren ni. Siapa tahu dekat mana boleh cari set Takara Tomy ini lagi?

Senyum lebar dia dengan set Chuggington dia

Tulisan Jepun tu faham ke Kaisan?
Baru sibuk nak suruh bukak
Set Chuggington Takara Tomy
Rasa macam gergasi tengok train lalu




Monday, July 22, 2013

Jerebu datang balik

Nampak tak tu??!! Bukan fog atau orang main mercun, bunga api ye kawan-kawan. Jerebu datang balik. Kali ini macam lebih teruk aje dari bulan lepas.

Ini view dari office saya. Tak nampak dah bangunan yang ada keliling. Dengar berita, hotspots (bukan hotspot wifi ye) kat Indonesia makin banyak.

Kenapalah derang ni tak faham-faham bahasa?

Sunday, July 21, 2013

Dapat tengok wayang free


Company bagi tiket free untuk tengok movie kat GSC Signatures sebagai reward performance terbaik kat tempat kerja. Kalau nak pergi sendiri memang takdanya sebab mahal tiket Signatures ni.

Boleh bawak isteri tengok movie terbaru sebelum dia bersalin nanti. 

Citer apa yang best sekarang eh kalau nak tengok kat GSC Signatures? Wolverine pun macam best nih....

ASTRO tak tunjuk live game Chelsea lawan Harimau Malaya

ehsan dari Facebook Azuan Zahdi

Nampaknya kalau ada yang plan nak tengok game ni selepas tarawikh nanti kempunanlah. Kedekut betul penganjur dan ASTRO. 
 

Suka dia dapat "up and down"


Suka betul Kaisan dapat bermain playground atau "up and down" kata Kaisan. "Up and down" sebab ada jongkang jongket. Tiap-tiap hari dia minta turun main kat playground tapi sebab penat kerja, tak dapat nak bawa. Nanti esok tu rasa menyesal dengan diri sendiri sebab tak penuhi kehendak dia yang simple.



Posting ini untuk ingatkan diri yang anak-anak berharga dan derang hanya jadi kecil sekali. Kena lah treasure saat-saat ini dengan anak-anak. Betul tak?


Saturday, July 20, 2013

Servis kereta siap siap

Itu yang saya selalu buat menjelang hari raya. At least, kurang dah satu kerja. Boleh fokus persiapan lain pulak.

Penting servis kereta untuk safety keluarga dan diri sendiri. Biar kereta tip-top. Boleh beraya atau berjalan-jalan dengan tenang.

Korang selalu servis kereta bila pulak?

Sunday, July 14, 2013

Hasil dari Maybank Treatspoints

Baru sempat nak post selepas seminggu habis event ni tapi nak juga post.
Tiap-tiap tahun akan pergi Maybank Treats Fair selepas setahun mengumpul points.

Inilah hasil tahun ini. Points ada lebih 200 ribu tapi tak guna pun semua sebab takde yang betul-betul tarik minat nak redeem.

Dapatlah jam G-Shock, powerbank Yoobao, car charger Samsung dengan trainset Chuggington Takara Tomy.

Puas hati juga walaupun rasa cam banyak benda tak redeem tapi tahun depan masih ada.

Nak tahu macam mana aku kumpul points 200 ribu tiap-tiap tahun? Korang rasa macam mana?