Pages

Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Saturday, August 10, 2013

Awang Selampit kutip duit raya

Awang Selampit @ Kaisan
Kanak-kanak yang paling happy bila Hari Raya. Dapat makan, jumpa cousin-cousin dan paling best dapat duit raya.


Samalah dengan anak saya, Muhammad Kaisan atau Awang Selampit kata ayah saya, Tok Mi pada Kaisan. Sekarang Kaisan dah umur 3 tahun, so lagilah dia faham apa tu Hari Raya. Semua orang layan dia sebab dia aje yang budak kecik dalam rumah Tok & Wan.


Tahun depan (jika dipanjangkan umur) keluarga kami akan lebih meriah dengan kehadiran kembar yang isteri sedang kandungkan, adik perempuan dan adik lelaki buat Kaisan. Kenalah Kaisan kongsi spotlight dengan adik-adik nanti.

Sunday, August 4, 2013

Tak sempat nak jumpa Hari Raya ni

Kuih Kaca @ Kuih Mazola
Nampak gaya macam tak sempat aje kuih kacang ni sampai Hari Raya nanti. Dah setengah balang dah ni.

Kalau korang nak tahu, kuih raya favourite saya, Kuih Kacang. Nama lain Kuih Mazola. 

Dulu masa kecik-kecik (sekarang usia remaja..hik hik..please!) Mak Lang saya pakar buat kuih ni and selalunya dia akan reserve satu tin besar susu Dutch Lady untuk saya. Punya kedekut tak nak bagi orang lain, siap simpan dalam almari baju lagi. Tahanlah 2-3 bulan kuih tu.

Kuih favourite lain pulak Kuih Batang Buruk dengan Kuih Tart Nenas. Layan dengan teh O atau kopi O memang terbaik.

Apa pulak kuih raya favourite korang?


Saturday, July 20, 2013

Servis kereta siap siap

Itu yang saya selalu buat menjelang hari raya. At least, kurang dah satu kerja. Boleh fokus persiapan lain pulak.

Penting servis kereta untuk safety keluarga dan diri sendiri. Biar kereta tip-top. Boleh beraya atau berjalan-jalan dengan tenang.

Korang selalu servis kereta bila pulak?

Ads by Nuffnang