Ads by Nuffnang

Sunday, August 11, 2013

Community Shield 2013: Manchester United v Wigan Athletic


11 Ogos 2013
9:00 malam (waktu Malaysia)
LIVE @ ASTRO Supersport (CH 811) & Supersport HD (CH 833)

Nampaknya tak lama lagi musim bola akan mula balik dan preview bermula dengan perlawanan pembuka tirai Community Shield 2013 antara Juara EPL 2012/2013, Manchester United dengan Juara Piala FA 2013, Wigan Athletic. Manchester United lawan Wigan Athletic pukul 9 malam di ASTRO.

Pengurus baru Manchester United, David Moyes

Untuk Manchester United, ini perlawan kompetitif pertama untuk David Moyes selepas menjadi pengurus baru Juara EPL tahun lepas. 

Selepas siri perlawanan persahabatan yang tak berapa memberangsangkan dan juga dengan spekulasi masa depan Wayne Rooney bersama Manchester United yang tak menentu, memang menarik untuk tengok macam mana Moyes akan menghadapi perlawanan pertama malam ni selepas menggantikan Sir Alex Ferguson.

Juara EPL 2012/2013, Manchester United Football Club

Wigan Atletic pula walaupun menang Piala FA 2013, relegated dari EPL dan akan bersaing dalam Championship musim ini. Pasti menjadi favourite untuk kembali ke EPL pada musim depan. Mereka juga mempunyai pengurus baru, Owen Coyle selepas Roberto Martinez mengambil alih tempat Moyes di Everton FC.

Juara Piala FA 2013, Wigan Athletic


Mari kita tengok perlawanan malam ini dan memang tak sabar rasanya untuk musim bola untuk bermula kembali.

P/S: Belilah jersi pasukan kesayangan anda di RAJA JERSI dengan harga yang berpatutan.

18 comments:

  1. Assalammualaikum,...

    Hidup MU... MU masih teguh dan bakal menang EPL lagi....bravo....

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      GGMU bro Selim!

      Selamat hari Raya!

      Delete

Comment here