Pages

Thursday, July 14, 2011

Harimau Malaya Kena Boo Masa Lawan Arsenal Semalam di Tempat Sendiri? Betul ke?

Berbaloikah kemungkinan kehilangan khidmat Aidil Zafuan untuk perlawanan Singapura nanti?
Perlawanan semalam dah selesai. Rasanya Arsenal pun dah berangkat pergi destinasi seterusnya dalam Far East Tour 2011 mereka. Tapi perlawanan semalam masih lagi menjadi bualan peminat-peminat bola sepak. Ada yang kata skud Harimau Malaya kita kena "boo" dengan rakyat Malaysia sendiri di dalam stadium sendiri. Betul ke ni?

Sedih pulak mendengar benda ini boleh terjadi kat pasukan kita. Korang jangan cepat lupa, pasukan yang pakai jersey kuning semalam tu JUARA ASEAN! Pasukan inilah yang korang semua sokong dan banggakan apabila Safiq Rahim menjulang Piala AFF akhir tahun lepas. Dari gambar-gambar, nampak lebih macam Stadium Emirates dan bukan rupa macam Stadium Nasional Bukit Jalil dah. Penyokong lagi gemar pakai baju Arsenal berbanding jersey Malaysia. Kecewa.

Pasukan Malaysia membanggakan negara
Pada aku, perlawanan semalam tiada makna. Maksud aku, ia hanyalah perlawanan pertunjukan dan coach K. Rajagobal gunakan sebagai pemanas badan. Selain it, perlawanan semalam juga sekadara untuk kutip experience lawan dengan team yang memang skill dan teknik yang lebih superior dari kita. Pemain Malaysia pun boleh belajar teknik dan dari cara Arsenal control game semalam. 

Arsenal jauh lebih hebat. Pasukan kita pulak masih lagi dalam proses kebangkitan selepas berapa tahun berada kat bawahan. Peminat patut berilah sokongan pada pasukan kita, tak kiralah team mana yang datang sekalipun. Bukanlah kata tak boleh pakai jersey team kelab yang disokong, tapi cuba tunjukkan pada pasukan yang datang kita bangga dengan skuad Harimau Malaya kita. Mungkin boleh mula dengan sabtu ini masa Malaysia lawan Liverpool.

P/s: Betul ke lagu "Negaraku" pun tak dimainkan semalam sebelum perlawanan? 

5 comments:

  1. jgn nak kondem sesgt psukan kite ni..
    x payah nak bangga sgt pasukan kafir laknat 2 watper

    ReplyDelete
  2. pembetulan.....yg kene boo smlm bukan team MALAYSIA...tp fan arsenal boo kat budak yg pakai jersey ManU....kalau xtau citer sebenar tu jgn main tulis je la ye....yg sokong Malaysia smlm pun Fan Arsenal jugak..tak kira arsenal ke Malaysia yg serang kita org tetap menjerit bg sokongan....kemon bro betutkan statement...

    ReplyDelete
  3. betul tu...leh katakan sume yg dtg mlm smlm jerit 'MALAYSIA' lepas gendang bunyi tu....masa game MU dlu pun ade fan yg pakai jersey Arsenal kena boo ngan fan MU....sampai budak tu bukak baju baru diorg berhenti...xde plak isu boo team malaysia...

    ReplyDelete
  4. Anonymous~Saya tak kata benda ni betul. Kalau baca ayat terakhir perenggan pertama tu, saya ada tanya betul ke hall booing ni.
    Kalau betul yang di "boo" itu ialah hal lain, then baguslah. Cuma ada juga fan lain yang kata macam-macam tentang team Malaysia semalam.
    Thanks bros sebab menegakkan benda yang salah. No offense kepada fans Arsenal.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah....bagus la kalau camni kan...sy mntak maaf la kalau salah tulis smlm ye...cuma nak perbetulkan je...harap xdela crita2 mcm ni lg....suma yg dtg sygkan Team Malaysia...peace no war....

    ReplyDelete

Comment here

Ads by Nuffnang