Pages

Friday, July 22, 2011

Maybank Treats Fair 2011 datang lagi!


Maybank Treats Fair datang lagi. Kali ini diadakan di Midvalley Convention Centre dari 21 - 24 Julai 2011. Kepada pengguna-pengguna Maybank yang ada banyak points dan tak tahu nak buat apa dengan points yang ada, bolehlah turun ke sini. Points boleh di redeem untuk mendapatkan barang-barang yang hebat dan juga banyak diskaun pada barang-barang yang di jual di Treats Fair ini.


Gambar hari pertama sebelum pintu utama di buka
I-Pad2, TV LED, notebook PC, microwave oven, Blackberry, Samsung Tab, basikal mountain bike, percutian-percutian dan macam-macam lagi ada di Maybank Treats Fair ini. Kalau tak cukup points, perlulah menambahkan dengan duit sendiri ataupun menggunakan kredit kad Maybank. Penggunaan kad kredit Maybank ada menawarkan ganjaran points dan juga hadiah-hadiah dari Maybank.

Aku dah turun pada hari pertama tapi hari ini kena turun lagi sebab ada barang-barang yang tak sempat nak di redeem pointsnya. Setakat ini dah dapat jam G-Shock, notebook bag, Sony Walkman dan learning computer untuk Kaisan. Hari ini nak cari barang-barang hadian untuk ahli keluarga yang lain. Nak bagi habis semua points yang ada. Bukan dapat apa-apa pun kalau simpan

Apa lagi, jomlah pergi Maybank Treats Fair 2011 di Midvalley Convention Centre (satu level dengan GSC).

No comments:

Post a Comment

Comment here

Ads by Nuffnang