Pages

Showing posts with label Duit Raya. Show all posts
Showing posts with label Duit Raya. Show all posts

Saturday, August 10, 2013

Awang Selampit kutip duit raya

Awang Selampit @ Kaisan
Kanak-kanak yang paling happy bila Hari Raya. Dapat makan, jumpa cousin-cousin dan paling best dapat duit raya.


Samalah dengan anak saya, Muhammad Kaisan atau Awang Selampit kata ayah saya, Tok Mi pada Kaisan. Sekarang Kaisan dah umur 3 tahun, so lagilah dia faham apa tu Hari Raya. Semua orang layan dia sebab dia aje yang budak kecik dalam rumah Tok & Wan.


Tahun depan (jika dipanjangkan umur) keluarga kami akan lebih meriah dengan kehadiran kembar yang isteri sedang kandungkan, adik perempuan dan adik lelaki buat Kaisan. Kenalah Kaisan kongsi spotlight dengan adik-adik nanti.

Saturday, August 3, 2013

Kami tak nak makan! Kami nak duit raya!



Biasa tak korang dengar ayat ni bila ada budak-budak datang beraya? Tahun ni nak tengok ada lagi tak ayat power ni dari bebudak yang datang beraya. 

Selesai sudah satu tugas untuk prepare duit raya untuk tahun ini. Tunggu part nak hulur aje. Seronok tengok muka budak-budak yang dapat nanti.

Tapi kalau ada rezeki yang lebih, jangan lupa pada yang lebih memerlukan,  SUCI BERSERI BERSAMA LIFEBUOY

P/S: Berapa budget duit raya korang tahun ni?

Sampul raya untuk semua group age

Thursday, August 9, 2012

Dapat duit raya awal hasil berblogging!


Alhamdulillah syukur.

Hasil berblogging, dapat duit raya awal sikit tahun ini. Ini hasil dari sokongan kawan-kawan blogging yang sudi singgah ke Bo is a Nerd.

Walaupun ramai yang masih tak percaya boleh dapat hasil sampingan dari berblogging, aku tetap juga berusaha dan alhamdulillah dapat hasilnya.

Lepas ni nak kena increase trafik dan komen untuk posting. Manalah tahu boleh dapat advertorial dari sponsor yang tertarik dengan site Bo is a Nerd ni.  

Friday, July 13, 2012

Duit baru akan mula di keluarkan 16 Julai ini

Duit kertas dan syiling baru
Mesti ada yang tertanya-tanya, hari raya tahun ini sempat ke nak guna duit baru bagi duit raya?

Nampaknya, duit kertas dan syiling baru akan mula di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia mulai 16 Julai ini. Sempatlah budak-budak kutip duit raya baru.



Orang "muda" macam Bo ni boleh ke lagi kutip duit raya? Boleh beli 


Baca lebih lanjut dengan klik link di bawah


Wang Kertas Baharu Akan Berada Dalam Edaran Mulai 16 Julai 2012




Tuesday, August 16, 2011

Pakcik! Kami tak nak makan, nak duit raya aje!

Duit raya oh duit raya
Sekejap saja kita dah sampai hari ke-16 bulan Ramadhan yang mulia ini. Setakat ini ibadat puasa tahun ini Alhamdulillah mudah di kerjakan tanpa banyak dugaan. Doa-doa begitulah sehingga akhir nanti. Macam biasa tiap-tiap tahun, time-time begini dah mula di kira-kira berapa banyak duit raya yang hendak di beri.

Draft list duit raya tahun ini, masih tertakluk pada perubahan.
Isteri selalu mengingatkan, bagilah seikhlas yang boleh sebab bukannya selalu kita bagi duit. Betul juga tapi aku juga fikir lebih ikhlas kita memberi, insya'Allah lebih besar pahala dan pulangan kita nanti. Itu semua aku biarkan Allah yang menentukannya sebab rezeki datang dari Allah.

Korang dah prepare ke duit raya untuk tahun ini?

P/s: Budak-budak tak nak masuk makan dah, terus terang cakap nak duit raya.

Ads by Nuffnang