Pages

Tuesday, July 19, 2011

Ada Apa Dengan Big Apple,J Co & Krispy Kreme. Kuih Gelang Lagi Sedap!

Gambar ihsan dari FB Soraya
Terjumpa FB entry kawan sekolah tentang kitchen experiment terbarunya di dapur, kuih gelang. Bila tengok kuih gelang ini teringat masa aku membesar di kampung aku dulu di Taiping. Arwah tok dulu rajin buat kuih gelang buat makan petang. Bancuh satu teko teh "O" sambil borak-borak dengan arwah tok dulu, memang bahagia.

Arwah tok sudah hampir 5  tahun menyahut panggilan Allah untuk kembali kepada-Nya. Tapi semua happy memories membesar di rumah tok serta nasihat tok sentiasa bersama aku. Al-Fatihah pada arwah tok dan aku sentiasa mendoakan arwah di letakkan hamba-hambaNya yang beriman.

Al-Fatihah.


Recipe untuk kuih gelang:
 7 biji ubi keledek
500 gm tepung gandum
1 cawan gula halus
Garam 
Air
Minyak


Panduan membuat:


1.Rebus ubi hingga empuk, lenyek-lenyekkan dan biarkan sejuk sebentar. 


2.Tambahkan sedikit garam dan tepung dan uli sehingga tidak melekat pada tangan. Jika masih lembik, tambahkan tepung.


3. Ambil sedikit dari adunan dan bentukkan seperti gelang. Jangan terlalu tebal sebab takut tidak masak di dalam. Buat lagi sehingga habis adunan.


4. Panaskan minyak dahulu dan masukkan gelang-gelang tadi. Apabila sudah cukup masak, angkat dan biarkan sejuk sekejap.


5. Taburkan gula halus dan sudah siap untuk makan.

6 comments:

  1. sedap la benda ni.. suka makan.. lebih kurang macam nak buat kuih cek mek (dalam bahasa kelantan) je.. haha

    ReplyDelete
  2. wah..sedapp..bleh bt menu berbuka ni kan:) dulu slalu tolong mak buat kuih ni nk berjual.:)

    ReplyDelete
  3. alamak...tgk entry ni..tetiba je rasa nak mkn kuih gelang... dah lama gak xmkn ni... xpe..ptg ni gak g cari..haha

    ReplyDelete
  4. ya saya peminat kuih gelang .. ohhyeahh

    ReplyDelete
  5. taiping kt mna? sy org taiping jgk..org utara mmg suka wat kuih cok keria..hehe

    ReplyDelete

Comment here

Ads by Nuffnang