Pages

Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Sunday, August 4, 2013

Tak sempat nak jumpa Hari Raya ni

Kuih Kaca @ Kuih Mazola
Nampak gaya macam tak sempat aje kuih kacang ni sampai Hari Raya nanti. Dah setengah balang dah ni.

Kalau korang nak tahu, kuih raya favourite saya, Kuih Kacang. Nama lain Kuih Mazola. 

Dulu masa kecik-kecik (sekarang usia remaja..hik hik..please!) Mak Lang saya pakar buat kuih ni and selalunya dia akan reserve satu tin besar susu Dutch Lady untuk saya. Punya kedekut tak nak bagi orang lain, siap simpan dalam almari baju lagi. Tahanlah 2-3 bulan kuih tu.

Kuih favourite lain pulak Kuih Batang Buruk dengan Kuih Tart Nenas. Layan dengan teh O atau kopi O memang terbaik.

Apa pulak kuih raya favourite korang?


Saturday, August 4, 2012

Bukan mulut masin....otak yang masin..

Selalunya bila ada benda jadi lepas kita sebut benda tu, orang akan kata "haa...itulah kau. Mulut masin sangat!". Tapi hari ni terjadi pulak benda, tapi aku takde sebut benda tu. Baru terfikir aje pasal benda tu semalam.

Nak tahu benda tu apa? Aku terlepas bangun sahur untuk hari ni. Itu aje. Baru aje semalam terfikir, "mesti ada salah satu hari dalam bulan puasa ni tak bangun sahur". Memang tak bangun pun pagi ni. Ini semua angkara melayan si Kaisan sampai pukul 2 pagi.

Bukan mulut aku aje boleh jadi masin, otak pun boleh masin. Kena hati-hati apa yang aku fikirkan lepas ni.

P/s: Korang dah ada terlepas bangun sahur tak dalam Ramadhan tahun ini?

Ads by Nuffnang