Pages

Showing posts with label eidul fitri. Show all posts
Showing posts with label eidul fitri. Show all posts

Sunday, August 4, 2013

Tak sempat nak jumpa Hari Raya ni

Kuih Kaca @ Kuih Mazola
Nampak gaya macam tak sempat aje kuih kacang ni sampai Hari Raya nanti. Dah setengah balang dah ni.

Kalau korang nak tahu, kuih raya favourite saya, Kuih Kacang. Nama lain Kuih Mazola. 

Dulu masa kecik-kecik (sekarang usia remaja..hik hik..please!) Mak Lang saya pakar buat kuih ni and selalunya dia akan reserve satu tin besar susu Dutch Lady untuk saya. Punya kedekut tak nak bagi orang lain, siap simpan dalam almari baju lagi. Tahanlah 2-3 bulan kuih tu.

Kuih favourite lain pulak Kuih Batang Buruk dengan Kuih Tart Nenas. Layan dengan teh O atau kopi O memang terbaik.

Apa pulak kuih raya favourite korang?


Saturday, August 3, 2013

Kami tak nak makan! Kami nak duit raya!



Biasa tak korang dengar ayat ni bila ada budak-budak datang beraya? Tahun ni nak tengok ada lagi tak ayat power ni dari bebudak yang datang beraya. 

Selesai sudah satu tugas untuk prepare duit raya untuk tahun ini. Tunggu part nak hulur aje. Seronok tengok muka budak-budak yang dapat nanti.

Tapi kalau ada rezeki yang lebih, jangan lupa pada yang lebih memerlukan,  SUCI BERSERI BERSAMA LIFEBUOY

P/S: Berapa budget duit raya korang tahun ni?

Sampul raya untuk semua group age

Ads by Nuffnang