Ads by Nuffnang

Tuesday, September 21, 2010

Is it hard to follow rules?

A cyclist not using the bike lanes

This was a picture I took of a motorcyclist just refusing to use the motorcycle lanes that are made especially for them along the Federal Highway. I have seen quite o few accidents where motorcyclist knocked down by cars when they change lanes.

Cannot blame the car drivers because they wouldn't expect cyclist to use the main road. They would expect them be using the bike lanes.  So, why just they cannot use the bike lanes provided for them and not endanger their lives and also others?

Wow..my luck..there is another one not following the rules

Thursday, September 16, 2010

Hot Dog ada, Pari Bakar ada, Ayam BBQ ada...macam-macam ada!

 
Seperti hari raya pada setiap tahun, keluarga besar aku di Taiping akan buat BBQ and pot luck pada malam raya ke-2. Memang seronok bila semua orang berkumpul sebab susah nak dapat kumpul semua orang due to komitment kerja, family, studies dan lain-lain komitment.

Master Chef Pak Teh Amir, Mak Teh & Asst. Chef Kimi

Setiap tahun juga BBQ akan di terajui oleh Master Chef, Pak Teh Amir. Pak Teh memang pakar bab masak. Rugi kalau siapa yang tak join kalau dia yang jadi cook-nya. Tahun ni di sebabkan aku terikat dalam menjaga si Kaisan, adik aku pulak mengambil alih sebagai assistant chef. Gadingan mantap kali ini.

Nur & Faten

Meja-meja & kerusi plastik setting baik punya kat depan rumah tok ni. Bagus juga rumah tok ni corner lot, boleh setting ala-ala kedai mamak. Pujian & penghargaan penyediaan tempat duduk & makan di beri kepada Paksu Zambri.


BBQ!

Berbalik pada aspek utama BBQ......THE FOOD! Ada ikan pari, ikan siakap, ikan kembung, ayam, udang, potato salad, mashed potato (siap dgn gravy lagi) & macam-macam drinks. Makanan dah best, crowd pun best, memanglah seronok raya di Taiping pada tahun ini. Burrpp...alhamdulillah...excuse me =P

Chefs starting the BBQ
ikan ada, ayam ada...
Sha menghiburkan makcik-makcik
Ikan Pari Bakar
BBQ in process
Terbaik!!!
Semua happy....& kenyang..burrrrppp..alhamdulillah.

Wednesday, September 15, 2010

Kaisan Beraya Sakan

Alhamdulillah. Tahun ini saya & isteri menyambut kedatangan Syawal bersama buah hati kami, Muhammad Kaisan. Kaisan baru nak masuk 5 bulan tapi dah pandai macam-macam. Eidu-fitri kali ini memang seronok tengok telatah dia lagi-lagi bila tok-tok, uncle-uncle & aunty-aunty dia berebut-rebut nak main-main dengan si Kaisan ni.

Gambar-gambar ni sempatlah saya ambil untuk kenangan Eidu-fitri pertama buat putera kami.

Bersama nenek di pagi Syawal
Atuk mencium Kaisan
Bermain kaki dalam perjalanan ke kampung Taiping
Pandangan tajam Kaisan
Keletihan
Bersama Tok di Rumah Nenek Ngah
Kita minum dulu! Lepas tu sambung kutip duit raya...
Gambar 4 generasi
Kaisan take over driving duties dari saya
Keletihan selepas beraya sakan. Selamat Hari Raya Kaisan =D


Tuesday, September 14, 2010

Adik beradik kembar di laporkan hilang hantar sms pada ibu

Ibu kepada adik beradik kembar 14 tahun dari Kampar yang di laporkan hilang beberapa hari lepas telah menerima sms daripada salah seorang anaknya yang berbunyi "jangan risau kami selamat". Buletin Utama tadi ada melaporkan perkara ini ada juga mengatakan mereka pergi bersama teman lelaki masing-masing. Ibu bapa teman lelaki mereka pun tidak tahu ke mana mereka pergi.

Yang menjadi persoalan aku, apa yang budak dua ekor ni nak buat selepas dah habis berseronok dengan pasangan masing-masing? Dan bila pula diorang akan decide nak balik ke pangkuan family? Selepas dah mengandung baru nak balik ke? Pada pandangan aku, budak-budak mentah yang hanya baru Form 2 ni patut di ajar cukup-cukup oleh orang tua mereka kalau kembali. Apalah nak jadi dengan bebudak sekarang ni?