Pages

Saturday, March 13, 2010

Boss..Boss...Halal ka?

 

Aku       Bos... Bos...ini tempat makan halal ka? 
Mamak  Halal lah boss. Ini kan kedai mamak.
Aku      Betul ka bos? Macam mana boleh percaya?
Mamak Tarak percaya boleh pergi makan tempat lain lah. Ayoo..
Aku      Betul juga (cakap dalm hati)

Bukan boleh percaya sangat-sangat kekadang. Aku ingat lagi ada satu time aku dengan kawan-kawan pergi makan kat Al- Rafi Bistro Seksyen 13. Tanya mamak tu "Roti Wawasan apa ada dalam?" Dia boleh jawab pulak "Ada isi wawasan". Bantai gelak kitorang. So, kalau nak mencari wawasan, silalah makan Roti Wawasan kat Al-Rafi Bistro Seksyen 13.

Halal atau tidak restoran-retoran mamak ini buat aku tertanya-tanya sejak dapat email dari kawan-kawan forum  tentang kedai mamak kena rush kat Subang Jaya minggu lepas. Pegawai-pegawai JAIS pergi rush kedai tu sebab dapat tip kata kedai mamak tu pakai sijil halal palsu. Bila pegawai JAIS tanya pekerja situ untuk mengucap dua kalimah syahadah, maka terkantoilah penipuan pemilik kedai tu, sebab pekerja "mamak" tu terkebil-kebil je tak tahu menjawab. Apa yang di ucapkan pun tak boleh di fahami dalam bahasa arab, parsi mahupun tamil.


Macam mana kita nak tahu kedai mamak tu memang betul-betul mamak yang halal? Macam mana nak tahu dia sediakan makanan tu secara halal? Bahan-bahan yang di gunakan juga halal? 


Dalam kes serbuan yang aku dapat ni, ada penduduk area situ macam syak tanda halal kat restoran tu tak sah. Memang betul pun tak sah. Maka, kena samanlah kedai mamak tu dan di suruh cabut tanda halal tipu tu.



Aku mengaku aku pergi makan atau minum atau kedua-duanya sekali (mestilah makan & minum) kat kedai mamak. Tapi aku cuba juga untuk selidik sikit sebelum aku pergi suatu mamak. Kalau aku rasa was-was, memang aku tak pergi, kalau takpun order air tin aje.

So, berhati-hatilah bila korang nak pergi layan cheese naan tandoori ke. nasi beriyani Bukhara ke sebab mungkin apa yang kita makan tu tak halal. Ingat, apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Berhati-hati.

Cheese naan tandoori


6 comments:

  1. hmmm kadang2 tak tahu sama ada halal ke tak kan.. anyway rasanya ada lebih baik kalau kat bloglist tu sort by time rather than alpha.. yalah sapa update kat atas..... just my pandangan aja

    ReplyDelete
  2. Sharingonfoz~

    Thanks bro for coming by. Yup, mmg nak tukar. Selalu terlupa. Dtglah lagi.

    ReplyDelete
  3. uwaa.. isaunye.. maCy mmg agak mjage n agak cerewet bab2 mkn ni. yela, na jd darah daging~

    ReplyDelete
  4. lihat makana jadi laper nih sob

    coment dan folow balik yah

    ReplyDelete
  5. lecturer aku penah ckp. kalo nk tau halal ke x. ty kt situ ade jual kari lembu x.. atau pape yg kaitan ngn lembu. kalo xde mmg sah2 r xhalal. lembu kan tuhan dorg.heh

    ReplyDelete
  6. blog kitorang pon ade post bd yg sme..mmg siot je mamak ni!

    ReplyDelete

Comment here

Ads by Nuffnang