Pages

Sunday, March 21, 2010

TAY 1 - Plat Kereta Termahal Berharga RM 220,000


Okay. Bila aku baca dalam Utusan Online yang harga bagi plat kereta nombor "TAY 1" hampir buat aku tercekik telur rebus nasi lemak pagi tadi. Salah aku juga sebab cuba telan terus sebiji tapi memang tak logik kalau nak belanja duit sebanyak tu untuk plat kereta semata-mata.

Memanglah itu hak masing-masing kalau nak beli apa-apa sebab duit pun masing-masing. Kalau duit bukan masing-masing, bak mai sikit. Tengah kering nih. Aku boleh terbayangkan golong miskin dan daif yang menangis kalau diorang baca tentang perkara ini. Aku ada kena lkeluarga yang terpaksa hantar anak-anak masuk rumah anak yatim padahal kedua-dua ibu bapa masih ada. Sebab? Ibubapa tu tak mampu.

So, belanja tahap nih memang aku anggap tak logik dan buat aku fikir macam mana boleh aku sendiri menyumbang pada yang memerlukan. Insaf.

No comments:

Post a Comment

Comment here

Ads by Nuffnang