Pages

Sunday, July 24, 2011

Keputusan Malaysia Lawan Singapura: Malaysia Tewas 3 - 5

Safee Sali berebut bola bersama pemain import lawan, Daniel Bennet
Malaysia tewas 3 - 5 kepada Singapura pada perlawanan Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar, Singapura. Perlawanan yang diadakan di atas padang tiruan ini di saingi dengan sengit antara dua pasukan jiran ini.

Skuad Harimau Malaya bermula garang dengan jaringan Safee Sali pada minit pertama. Namun, Singapura menyamakan kedudukan pada ketujuh melalui pemain import Singapura, Alexander Duric. Tendangan percuma seorang lagi pemain import Singapura, Qiu Li dikuis masuk dari jarak dekat oleh Duric melepasi Sarbaini Alwi.

Singapura kemudian mendahului melalui tendangan percuma Qiu Li melepasi tembok pemain Malaysia. Pasukan kebangsaan melepaskan dua lagi gol akibat kelalaian pertahanan melalui jaringan dari Shi Jiayai dan Mustafiq Fahruddin sebelum tiupan wisel separuh masa pertama.

Coach K.Rajagobal cuba menaikkan semangat pemain-pemain kita tetapi tragedi berlaku pada minit ke 50 apabila kapten, Safiq Rahim di buang padang akibat rempuhan yang agak kuat pada Harris Harun. Namun, perlawanan kembali seimbang 10 lawan 10 apabila pengadil Nawaf Shukralla memberi kad kuning kedua pada pemain Singapura Ismail Yunos enam minit kemudian.

Abdul Hadi Yahya di masukkan dan menjaringakan gol kedua Malaysia dan diikuti jaringan kedua Safee Sali pada perlawanan. Jaringan pantas ini menjadikan kedudukan 4 -3. Tetapi, sekali lagi kelalaian pemain pertahanan Malaysia membolehkan Singapura menjaringkan gol kelima melalui Duric pada minit ke 81 untuk menjadikan keputusan akhir 5 - 3.

Pemain-pemain Malaysia perlu bangkit semula pada perlawanan timbal balik di Stadium Nasional, Bukit Jalil dalam masa 5 hari lagi. Tunjukkan karakter sebenar sebagai juara ASEAN dan buktikan kita tidak perlukan pemain-pemain import dan rumput tiruan untuk meneruskan adventure kita dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 ini.

No comments:

Post a Comment

Comment here

Ads by Nuffnang