Ads by Nuffnang

Monday, March 8, 2010

Pelajar Mesir UTP Biadap patut hantar aje balik!

Hujung minggu lepas ada aku baca berita dalam salah satu akhbar tempatan tentang tukang kasut di Tronoh, Perak (berdekatan kampus Universiti Teknologi Petronas (UTP)) yang kena belasah oleh 10 - 12 orang pelajar Mesir di kedai makan. Sebab si tukang kasut kena belasah? Pelajar Mesir tu tak berpuas hati dengan caj yang di kenakan oleh si tukang kasut.

Kisah bermula bila pelajar biadab tu singgah di kedai untuk perbetulkan kasut dia. Bila dia tanya pada tukang kasut tu, berapa untuk betulkan dua pasang kasut, tukang kasut pun cakap RM 30 iaitu RM 15 untuk sepasang. Pelajar Mesir tu pun cakap mahal & minta harga repair kasut tu jadi RM 20 aje. Tukang kasut pun tak setuju & minta pelajar tu pergi ke kedai berdekatan. 

Ini kot kasut yang pelajar biadab tu nak repair?

Mungkin sebab kedai tu pun kenakan bayaran yang sama, dia datang semula ke kedai si tukang kasut & minta tukang kasut repair kasut dia dengan caj RM 20 juga. Si tukang kasut masih tak setuju, maka keluarlah kata-kata kesat dari mulut pelajar Mesir tu sehingga di ucapkannya "Fuck you Malaysia!". Si tukang kasut sudah hilang sabar & menarik tangan pelajar tersebut  & minta dia minta maaf atas kata-kata biadab itu.
Pelajar biadab tu beredar tetapi membuat U turn dan mengeluarkan isyarat lucah & mengugut akan datang semula untuk "mengajar" si tukang kasut.

Dua hari kemudian, pelajar kurang ajar itu datang bersama 10 orang teman yang lain mula memukul si tukang kasut & teman tukang kasut semasa mereka berdua sedang makan di satu restoran dekat kedai tukang kasut (kawasan Taman Maju, Seri Iskandar). Lagi best, takde sorang pun penduduk tempatan cuba untuk membantu sebelum si tukang kasut * rakan pergi dapatkan rawatan di Hospital Changkat Melintang.

Nak tambah lagi best cerita ini, pengurusan UTP datang berjumpa si tukang kasut pada malam si tukang membuat laporan polis untuk menarik balik laporan kerana tidak mahu hal ini di perbesarkan.

Patut hantar balik aje pelajar-pelajar Mesir tu dan pengurusan UTP pula patut malu kerana cuba menutup perkara ini dari tersebar. Pelajar-pelajar kurang ajar tu datang ke Malaysia di atas scholarship Petronas dan buat benda macam ini? Hantar balik aje.

Petikan berita di sini




6 comments:

  1. yeah that's an awful act.. just send them back.. =)

    ReplyDelete
  2. Hey Ken. Howya doin?

    Yup. The part that really made me worked up when they started to swear.
    We dont want our taxpayers money paying for these baboons education.

    ReplyDelete
  3. Oke.. Taktau pulak hal kat UTP tu.. Tapi diorang2 yang kat MMU Cyberjaya pun ada yang tak berapa elok perangai. Menjatuhkan martabat bangsa sendiri je. Haihh.

    ReplyDelete
  4. Atreyu Strange~

    Thx for commenting. Itulah kan. Mmg setiap universiti mesti ada problem ni.

    Manusia memang macam-macam perangai. Cuma yang tak best tu & mengecewakan, pihak univeersiti pulak yang nak cover jaga reputasi. Sepatutnya ambillah tindakan tegas pada student tu. Betul tak?

    ReplyDelete
  5. 'send them home !'. i'll put up a banner !

    ReplyDelete
  6. ishhh..tak patut betul diorang buat kat tukang kasut cm tu? meh sini pencinta kasut pukul diorang ngn tumit high heel aku.meh sini..take back their scholar and send them home.

    ReplyDelete

Comment here