Ads by Nuffnang

Wednesday, August 7, 2013

Kalau aku pakai baju melayu Aaron Aziz, nanti raya dia pakai apa?

Tadi sempat lari ke Jalan Masjid India cari baju melayu lepas kerja tadi. Nasib baik office bagi half day. Kalau tidak memang confirm tak berbaju melayu raya kali ini.

Niat di hati nak sambar aje baju melayu ikut harga yang murah dan kualiti pun kenalah boleh di terima. Takde nak kejar brand mana-mana pun.

Tapi macam mana entah, boleh sampai Jakel. Tengok offer baju melayu Aaron Aziz by Jakel RM 89 dengan sampin songket dan butang baju melayu free. Zass...suruh budak sales tu bungkus, hulur duit dan cabut.

Tapi memang betullah, nama Aaron Aziz ni memang ada tarikan sampai ramai yang beli termasuk saya.

P/S: Apa warna tema raya korang tahun ni?



7 comments:

  1. selamat hari raya bro bo...bila nak pakai baju raya aaron aziz 2???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya! Dah pakai dah dalam posting berikutnya. Amacam? Ada iras-iras tak?

      Delete

Comment here