Ads by Nuffnang

Saturday, February 13, 2010

Handphone...Handphone..........Pengalamanku dengan handphone

Handphone pertama aku Nokia 3210. Harga masa aku beli RM 550 & beli kat Pertama Kompleks. Itupun jenuh aku kumpul duit kerja part time catering tahun 2000, tahun pertama Diploma kat UITM Shah Alam. Memang hebatlah time tu rasa, lagi-lagi beli pakai duit sendiri.

Nokia 3210...old school

Sejak Nokia 3210, aku pakai Nokia 8210, kemudian Nokia 8250 (Butterfly), Nokia 7650. Aku curang pada Nokia kejap bila aku guna Sony Ericsson Z800i. Kemudian, bila Z800i telah tamat perkhidmatan 4 tahun, aku kembali pada Nokia. Aku sekarang guna Nokia E71.


Semalam aku terpaksa pujuk adik bongsu aku, yang masih sekolah menengah untuk membatalkan niat dia untuk beli phone Nokia X3 yang harganya RM 550. Phone lama kena curi kat asrama MRSM. Kalau duit sendiri takpe, tapi ini dia mengharapkan duit orang lain. Tapi apa-apa hal pun aku memang tak setuju budak-budak zaman sekarang guna handphone mahal-mahal. Kebanyakan function pun tak dia guna. Membazir aje.

Nokia X3

Kalau korang tertanya-tanya berjaya tak aku mengubah niat adik aku tu, yup aku berjaya pujuk dia beli phone yang lebih murah tapi masih lagi ada function MP3, camera & bluetooth. Cukuplah tu kan.

P/s: Bila dah mula earn duit sendiri nanti, along tak tanya. Janji.





2 comments:

  1. aku pun pakai phone e71, ok gak, leh wifi kat mana2

    ReplyDelete
  2. dulu uncle pakai N82..dah trade in ..mmg bagus function nokia ni..budak zaman sekarang..dah pandang HP sebagai satu keperluan..wajib pualk tu..sampai adik ipar uncle tingkatan 2 tu pun sanggup korbankan duit biassiswa semata2 nak beli HP.dulu tak merasa uncle semua tu..keje baru pakai.

    ReplyDelete

Comment here