Pages

Sunday, November 21, 2010

Jaga-jagalah bahasa tu


Selamat pagi!! 

Aku nak cerita sikit pasal kejadian yang aku tengok semalam masa tengah dinner dengan wife and anak di McDonalds.

Aku rasa memang sudah menjadi kebiasaan bagi budak-budak sekarang untuk MESTI masukkan perkataan-perkataan lucah dan mencarut dalam bercakap. Kadang-kadang malu juga aku mendengar, Tiba-tiba terdengar "what the f#%k!", "s&%t" dan juga version-version local macam "pan#$t lah" dan macam-macam tu.

Kejadian semalam pun ada kaitan dengan isu ini. Ada satu group budak-budak college, macam biasalah dengan laptop masing-masing, duduk lepak situ. Dalam diorang lepak dan berborak, bolehlah mendengar perbualan diorang sebab kuat macam nak bagi satu dunia dengar. Mungkin hebat sangat rasa or cool bila cakap kuat ni. 

Dalam diorang bercakap tu bolehlah dengar perkataan-perkataan lucah. Ayat terakhir sebelum kejadian yang aku dengar "what the f^?% are you doing?. That's shit, man!" sorang tu cakap pada kawan dia.

Datanglah sorang uncle ni tegur "Can you please not use that word around here? There are small kids here that might pick up on what you say. And also tone it down please." 


Say no to swearing

Amik kau. Kan dah kena sound. Tak sampai 5 minit, diorang blah. Malulah kot. Rasanya uncle tadi tu dah tak tahan dan lagipun memang orang keliling tengok kat meja tu sambil menggeleng kepala. Respek uncle itu.

Ingat. Bahasa melambangkan keperibadian kita. Jaga-jagalah percakapan dan budibahasa.

3 comments:

  1. tak paham orang yang cakap kuat2 macam nak bagi taw satu dunia ni
    huhu

    ReplyDelete
  2. bagus pakcik tu, kalau aku, siram je terus ngn air coke bia dia burrrrrr cam iklan tu

    ReplyDelete
  3. btol2..bahas jiwa bangsa..budak2 zmn skang ni dah terlalu hanyut dalam arus 'kemodenan' bahasa.. tak hingat kalau bercakap.

    ReplyDelete

Comment here

Ads by Nuffnang