Ads by Nuffnang

Sunday, March 11, 2012

Jadual Perlawanan Akhir All England 2012



Siaran langsung perlawanan-perlawanan akhir All England 2012 bermula dari 8 malam hingga 12.30 pagi di RTM 1 dan Channel Astro Arena 801. 

Kalau ikut jadual, Datuk Lee Chong Wei mungkin lawan Lin Dan dalam pukul 11.30 malam. Tapi kalau tak nak terlepas, tengok aje dari awal.




Mungkinkah Datuk Lee Chong Wei berjaya menjadi juara 3 kali berturut All England atau Lin Dan akan membalas dendam kekalahan straight set pada DLCW pada perlawanan akhir tahun lepas?

Go Chong Wei Go! 
Malaysia Boleh!

Jom Sarapan @ Lada Hijau Sunway Damansara

Lada Hijau Restoran @ Sunway Damansara

Kali ini singgah Restoran Lada Hijau di Sunway Damansara, Kota Damansara untuk sarapan. Ternampak restoran ini masa nak pergi ke Kafe Cheechah. Maybe should give this place a shot one of these days katanya.


Masa pergi memang tengah lapar, so expecting mungkin ada variety dalam menu sarapan di Lada Hijau. Tapi kecewa. Sebab yang ada hanya nasi lemak biasa (kalau nak extra sikit, ada ayam goreng), kuey tiau goreng, nasi goreng, mee goreng dan bihun goreng. Semuanya di letakkan dalam tray untuk serve buffet. 

Bihun campur nasi goreng untuk Kaisan dan mama
Kuih muih, roti-roti dan apa-apa benda lain yang ada dalam menu, memang tak ada untuk sarapan. Pekerja di situ kata makanan ala carte mula ada time makan tengah hari. Patutlah masa belek menu tu dia kata minuman saja boleh order dari menu. Tak apa, nanti boleh try time makan yang lain.

Nasi lemak biasa dan kopi O sarapan pilihan
Nasi lemak dan sambalnya sedap dan cukup rasa.
Walaupun sedikit hampa kerana kurang variety tapi nasi lemak Lada Hijau memang sedap. Ada aroma, rasa dan di makan bersama sambal yang sedikit pedas dan juga sedap, memang terbaik.

Santai sarapan di Lada Hijau

Rating Lada Hijau @ Sunway Damansara: 2.5 out of 5 Putu Bambu


Lada Hijau Restoran,
37, Jalan PJU 5/12, Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor

Datuk Lee Chong Wei melangkah ke final All-England


Datuk Lee Chong Wei, juara bertahan dua kali bagi All-England berjaya melangkah ke final All England pada tahun ini dan berpeluang mencatat hattrik kemenangan All England jika menjuarainya. Pada separuh akhir DLCW mengalahkan Lee Hyun Il dari Korea Selatan 21-19, 21-18.

DLCW akan bertemu dengan pemenang di antara Lin Dan atau Kenichi Tago pada perlawanan separuh akhir kedua. Lin Dan menjadi pilihan untuk bertemu pada DLCQ pada perlawanan akhir nanti dan menjadikan ulangan perlawanan akhir tahun lalu apabila pemain China itu tewas 17-21, 17-21.

Pasangan bergu campuran negara Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon juga mungkin berada di final juka dapat memenangi perlawanan separuh akhir mereka menentang pasangan dari Indonesia Tuntowi Ahmad dan Liliyana Natsir.


Update:


Lin Dan (China) kalahkan Kenichi Tago (Jepun)
21-18, 21-17


Goh Liu Ying/Chan Peng Soon (Malaysia) kalah kepada Tuntowi Ahmad/Liliyana Natsir (Indonesia)
25-27, 21-17

Saturday, March 10, 2012

Kafe Cheechah Authentic Malaysian Tapas @ Kota Damansara

Kafe Cheechah Authentic Malaysian Tapas
Plaque Jalan-Jalan Cari Makan TV3 
Simple dan elegan, sesuai dengan konsep kafe
Cokodok pisang @ RM 4.50
Tauhu Bakar @ RM 4.75
Chee Chung Fan @ RM 6.75
Cantonese Char Kuey Tiaw @ RM 12.00
Penang Char Kuey Tiaw @ RM 10.80
Sampai garfu pun telan sekali sebab sedap sangat
Three Layered Tea @ RM 6.30 & Assam Boi @ RM 4.50 
Bandung @ RM 4.00
Teh Tarik @ RM 2.90
Kaisan pun suka Cheechah
Window to the kitchen
Kaisan makan cekodok depan Cheechah
Overall, decoration simple dan memang tepat dengan konsep kafe. Makanan memang ada variety dari eastern dan western dishes. Konsep tapas atau makanan ringan memang menarik, dan sesuai dengan nama kafe ini, Cheechah.

Menu memang sedikit mahal kalau nak bandingkan dengan kedai makan biasa, tetapi kualiti makanan memang tak ada complaints. Sesuai harga dengan servis dan kualiti makanan. Cuma yang tak best tu, tak kesempatan nak try dessert macam classic aiskrim goreng dan honeydew sago. 

Rating Kafe Cheechah Authentic Malaysian Tapas: 4.5 out of 5 putu bambu (Excellent!)


Kafe Cheechah Authentic Malaysian Tapas
No 2 -1 (Ground Floor), Jalan PJU 5/4,
Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor

Tel: 03-61483360

Wednesday, March 7, 2012

Apple iPad 3 akan di lancarkan hari ini?

Di khabarkan edisi ketiga tablet pc popular dari Apple Inc, iPad 3 akan di lancarkan hari ini di California, Amerika Syarikat.

Apple Inc di katakan akan memasukkan SIRI yang popular bersama pengguna iPhone 4s. Khabar angin lain mengenai improvement pada iPad 3 ini ialah processor yang lebih laju dan camera yang menggunakan resolusi yang lebih tinggi. Ada juga yang mengatakan saiz akan lebih kecil untuk bersaing dengan Amazon Kindle Fire dan Barnes & Nobles Nook.

Ini akan menjadi event media pertama bagi Apple Inc dan CEO Tim Cook selepas kematian pengasas bersama, Steve Jobs bulan Oktober tahun lalu.

Mesti ramai yang akan menunggu bila iPad 3 akan sampai ke Malaysia nanti.

P/s: iPad masih tablet pilihan anda?

Tuesday, March 6, 2012

Peminat Erykah Badu di tangkap kerana tweet untuk bakar rumah menteri

Bila baca berita ini kelakar pun ada. Punyalah taksub dengan seseorang artis sehinggakan sanggup menyusahkan diri sendiri sehingga di tangkap oleh polis.

Seorang peminat penyanyi Erykah Badu yang di batalkan konsertnya minggu lalu kerana isu tatu kalimah Allah di badan telah di tangkap semalam jam 5 petang di Puchong kerana  menyiarkan satu tweet yang berunsur ugutan terhadap Menteri Informasi, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim. Ini kerana rasa tidak berpuas hati dengan keputusan Datuk Seri Rais yang memutuskan konsert Erykah Badu di batalkan.

Tweet yang berbunyi "Bakar rumah Rais Yatim, jom?" telah menyebabkan pembantu kepada Datuk Seri Rais untuk membuat satu laporan polis. Jika di dapati bersalah, peminat itu boleh di kenakan 7 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali. Kan dah menyusahkan diri dan keluarga.

Dalam dunia serba canggih ini, kena lah berhati-hati sikit dengan apa yang hendak di siarkan melalui Twitter, Facebook, Myspace dan apa-apa. Salah cakap sekarang, menyesal kemudian.

Monday, March 5, 2012

Awang Hitam makin tak senonoh perangai


Adegan tak senonoh ini di ambil dari balkoni rumah saya masa nak masuk waktu maghrib. Bukanlah masa ni tengah mengintai tapi sebab ada bunyi bising kat luar, jenguklah tengok apa yang kat luar.

Masa ini masih ada budak-budak bermain di playground yang dekat tempat diorang ni tengah berpeluk-peluk ini. Tak ada sesiapa berani nak tegur sebab mereka ini boleh jadi agak melampau bila di tegur. Tak nak perangai tak senonoh ini makin teruk.

Boleh tolong bagi idea macam mana nak buat ni?

Sunday, March 4, 2012

Ini barulah namanya masuk bakul angkat sendiri


Gelagat Kaisan macam-macam sekarang. Layan kan sajalah selagi tak menyusahkan atau merosakkan.

Yahoo!! Bo is a Nerd sudah ada 1000 Followers


Dah hampir 3 tahun berblogging, baru nak cecah 1000 followers. Saya nak berterima kasih kepada yang memang setia mengikut dan hanya mengikut semata-mata.

Followers atau pembaca ini memang penting untuk seorang blogger sebab at least tahu ada yang sudi membaca, tak kira lah kalau sorang aje pun. Betul tak fellow bloggers?

Rasanya nak buat GIVE AWAY sempena mencecah angka 1000 Followers ini. Mesti best tapi apa yang boleh di give away?

Saturday, March 3, 2012

Selamat bersarapan semua!


Tiga biji telur separuh masak dan kopi O' kosong kaw. Pemberi tenaga untuk aktiviti hujung minggu. 

Selamat bersarapan semua!

Friday, March 2, 2012

Ini ke iPad 3 yang bakal keluar minggu depan?


Ini ke iPad 3 yang bakal di lancarkan minggu depan? Kalau betul, saya pun nak beli.

Apa pendapat korang?

Yang mana satu rancangan radio pagi favourite?


Pagi-pagi memang payah betul nak mengharung trafik jam nak pergi kerja. Stesen radio masing-masing cuba mengalahkan sesama mereka untuk menjadi pilihan terbaik dan mendapatkan lagi ramai pendengar. Semua orang ada favourite rancangan radio pagi.

Rancangan pagi yang ada:

Sinar Pagi (Sinar FM) - Krill, Kak Engku dan Salih Yaakob

AM Krew (Hot FM) - AG, Fara Fauzana, FBI dan Usop

Ceria Pagi di Suria (Suria FM) - Halim ,Nabil dan Kencana Dewi


Morning Crew (Hitz.FM) - JJ dan Ean

Breakfast Show (Mix FM) - JD dan Dilly

JoHaRa Pagi Era (Era FM) - Johan RL, Ray dan Hanif

Pagi Rock Crew (Fly FM) - Nadia, Hafiz dan Prem

Rancangan mana pilihan korang dan sebab apa?

Thursday, March 1, 2012

Jom Cheechah! Authentic Malaysian Tapas


Jom Cheechah!!!

Haaa....makan malam ini akan di taja oleh isteri. Oh yeah! Dia beria-ia nak belanja kerana saya berjaya mendapat sesuatu yang baru. Apa benda yang baru tu? Tak perlulah saya beritahu tapi yang pentingnya, benda tu memang penting untuk masa depan kami sekeluarga. Isteri punya happy sampai nak belanja makan malam. Terbaiklah!

Lagipun, dah lama nak cuba makan di Cheechah Authentic Malaysian Tapas. Belakang rumah aje tempat  ni tapi tak sempat nak cuba. Baca review dari bloggers lain tentang Cheechah memang nampak best. Terliur tengok gambar-gambar.

What do you guys recommend untuk kami cuba di Cheechah malam nanti?

Woohooo!!! Good job! Well done! Teruskan lagi dan lagi!!




Bukan main seronok Kaisan bila dapat susun blok ikan tu walaupun tak ikut susunan. Lagi seronok bila isteri & saya tumpang seronok dengan dia. Selalunya terlebih seronok sampai Kaisan pun rasa kitorang over. 

Penting untuk memberi galakkan dan support buat anak-anak supaya dia pun mahu terus belajar. Bil ada orang kata "good job", "pandai anak mama/papa" ataupun tepuk tangan, lompat-lompat atau menari bersama anak, mesti dia rasa seronok dan nak belajar lagi. Bagus juga untuk confidence anak. Penting tu.

Orang tua pun mencari support dan "acknowledgment" dari orang lain, betul tak?

Tuesday, February 28, 2012

Konsert Erykah Badu di batalkan kerana tatu kalimah Allah

Saya tak mahu meletakkan gambar tatu kalimah Allah yang berada di badan Erykah Badu kerana ia adalah aurat seorang wanita dan saya tidak mahu menambahkan dosa kerana menyebarkannnya. 

Baru tadi mendapat tahu konsert artis Erykah Badu yang sepatutnya di adakan di Kuala Lumpur malam esok di batalkan kerana tatu kalimah Allah di badannya. Tatu yang terletak berhampiran kawasan bahu dan ketiak di kedua-dua belah badan, telah di siarkan gambarnya di surat khabar The Star.


Islam melarang umatnya meletakkan tatu di badan apatah lagi jika meletakkan kalimah Allah. Memang dia bukan orang Islam, tetapi tatu itu sudah di anggap satu penghinaan pada Islam.

Saya memang menyokong konsert ini di batalkan kerana sebab di berikan oleh kerajaan Malaysia iaitu menyalahi undang-undang yang menyentuh sensitiviti agama di Malaysia. 


Bagus juga Editor suratkhabar The Star di panggil untuk memberi penjelasan mengenai penyebaran gambar tatu Erykah Badu ini, kerana ini bukan kali pertama suratkhabar ini menyiarkan perkara-perkara yang menghina umat Islam dan agama Islam.

Lebih lanjut, sila baca sini. Konsert Erykah Badu di batalkan

P/s: Orang Islam yang tidak setuju dengan konsert ini di batalkan, sila cerminkan diri dan ingat akan agamamu.

Kaisan dah mula kenal alphabets

Anak-anak kecil ni macam span. Semua benda yang di lihat, dengar atau sentuh sentiasa dia ingat atau di belajar. 


Sekarang Kaisan pun dah kenal hampir semua huruf-huruf dalam alphabets. Walaupun dia belum lagi berumur 2 tahun, rasanya patut juga mula didik dia dari awal.

Ini 3 cara kami mengajar Kaisan:

Gunakan youtube dan cari ABC Songs atau video berkaitan ABC
Gunakan permainan seperti fridge magnet ABC. Add fun to learning process
Guna magnetic board untuk uji kefahaman Kaisan untuk kenal huruf. W huruf favourite Kaisan.


Setakat ini, Kaisan cepat menangkap huruf-huruf dan selepas ini nak kenalkan pada nombor-nombor dan juga huruf-huruf alif ba ta (muqaddam). Biar Kaisan cukup ilmu dunia dan akhirat.

Apa lagi ye cara untuk educate anak-anak?

Monday, February 27, 2012

Wanita dan tudung

Apa yang ramai-ramai ini?
Ohh...tudung bawal rupanya. Macam-macam warna ada
Isteri mula membelek-belek pilihan hati
"Cantik tak sayang?". "Cantik sangat" jawab saya
Tudung bawal Aidijuma menjadi pilihan isteri 

Tudung Aidijuma (www.aidijuma.com)

Lot PC 29, Ground Floor (berhadapan Padini Store)

The Curve, Mutiara Damansara,

Petaling Jaya, Selangor

FB: Tudung Aidijuma

* Lokasi-lokasi lain kedai atau store Tudung Aidijuma boleh di jumpai di website Tudung Aidijuma *

Friday, February 24, 2012

11 April Hari Pelepasan Am


Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan mengumumkan 11 April nanti adalah hari pelepasan am bagi seluruh negara sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah.

Tuanku Abdul Halim yang di lantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke 14 pada 13hb Disember 2011 bakal menjadi pemerintah negeri pertama di tabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong untuk kali kedua kerana pernah di lantik Yang di-Pertuan Agong ke-5.

Berita penuh sila klik sini.

Ada apa dengan Canon G12?


Mungkin kena cari camera yang lebih bagus untuk menangkap kenangan bersama keluarga terutama anak-anak. Canon G12 mungkin menjadi pilihan sebab ada function DSLR tetapi lebih kepada point and shoot features macam compact camera. 

Siapa yang ada pandangan tentang Canon G12? Ada alternatif lain?

Thursday, February 23, 2012

Takziah buat keluarga arwah adik Faris Nur Daniel

Arwah Faris Nur Daniel semasa sihat (ehsan: www.mazidulakmal.com)


Pagi tadi, adik Faris Nur Daniel berusia 6 tahun, telah pergi selama-lamanya. Allah lebih menyanyangi arwah dan insya'Allah tempatnya di syurga. Arwah Faris di masukkan ke Sime Darby Medical Centre Subang Jaya pada awal bulan ini kerana barah darah dan tgelah menjalani kimoterapi sebanyak 4 kali.

Kepada yang ingin memberi sumbangan kepada keluarga arwah adik Faris boleh menyumbangkan kepada akaun Maybank ayahnya En. Shamrulismawi Ismail 114011152218. Semoga sumbangan kita dapat membantu keluarga arwah dari segi bil perubatan serta menguruskan jenazah mahupun untuk bersedekah.

Sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah serta doa-doa buat arwah serta keluarga arwah. Al - Fatihah.


Boleh juga baca => http://www.mazidulakmal.com/2012/02/faris-telah-pergi-buat-selamanya-al.html

Sunday, February 19, 2012

Siapa pernah pergi makan di Gulam Mee Kota Damansara?


Sudah 2 tahun duduk di Kota Damansara tapi tak pernah sampai kat Gulam Mee ni. Selalu juga dengar reputasi mee goreng mamak dan nasi lemak bakul yang sedap. Plan nak bawa family pergi dinner malam ini kat situ.

Yang sudah pernah pergi tu, apa yang sedap kat Gulam Mee ni? Tolonglah rekomen, nanti boleh cuba.