Ads by Nuffnang

Monday, July 9, 2012

Nyaris di lemaskan di kolam renang

Muka innocent aje masa ni.....
Tiba-tiba Kaisan memulakan langkah.....
masih lagi berusaha selamatkan diri.....
kuat betul Kaisan..ingat takde harapan dah.....
Fuhh...selamat ...tapi berapa lama??
uncleseekers.blogspot.com 2012, kourtney kadashian babygirl, ushers step child brain dead, home run derby, roger federer, wimbledon 2012, london olympic games 2012, mazidul akmal

Saturday, July 7, 2012

Patutlah gemuk-gemuk ikan koi kat One Utama ni

Kadang-kadang kalau bosan duduk rumah hujung minggu and kitorang just nak keluar rumah, tempat ni kitorang pergi, Rainforest Park @ One Utama Damansara. Ada 3 tingkat tempat ikan ni tapi kami lagi suka kolam di parking basement.

Makanan ikan dalam bentuk bola harga RM 1 boleh beli kat Ground Floor Level (depan Teh Tarik Place) di vending machine. Tapi siap-siapkan dulu 2 keping duit syiling lama 50 sen. Duit baru tak tahu pulak di terima tak. Enjoy the pictures guys. 

Sihat-sihat ikan koi kat One Utama ni
Oooo....fisshh kata Kaisan
Makanan ikan jual kat depan Teh Tarik Place Ground Floor
Cermat Kaisan bagi makan ikan
Dua orang buah hati Bo
Ikan keli pun ada
Ninja turtle tersesat???
Tenang kejap bila tengok koi koi ni
Anak beranak tenang melayan ikan

Friday, July 6, 2012

Jom Cuba Nasi Lemak Panas Warung Rindu Pantai Dalam

Nasi Lemak Warung Rindu Pantai Dalam 
Kalau tengok dari gambar biasa aje kan nasi lemak ni? Kena cuba dulu. Siapa yang pernah cuba, pasti akan faham kenapa warung ni nama dia Warung Rindu. 

Warung Rindu ini terletak dia Apartment Seri Angkasa berhampiran dengan stesen komuter Pantai Dalam. Kalau dari Angkasapuri, maintain kiri, jumpa trafik light, then belok kanan. Sebelah kanan dah nampak dah Warung Rindu. 

Isteri dah tak sabar nak makan Nasi Lemak Panas Warung Rindu
Nasi lemak panas dia simple aje. Nak minta lauk pauk yang macam-macam takdelah, paling kuat pun ayam goreng atau telur mata kerbau. Tapi benda yang simple yang sedap tu. Kesedapan dia terletak pada sambal dia. Ada rasa manis tapi kick kepedasan tu tetap ada.

Sambal nasi lemak dia buat saya rindu selalu kat warung ni
Boleh makan di situ atau bungkus, siap-siap bungkus RM 1 tapi portion dia puas hati. Selalunya saya dan isteri order dua nasi lemak biasa, teh tarik dan kopi O, RM 5 aje.

Ada banyak meja kat warung tetapi problem utama ialah parking sampai kena parking di tepi-tepi jalan besar. So, kena hati-hati sikit.

Nasi lemak dia ada dari pagi sampai ke malam. Tengah hari pun ada juga nasi campur, so memang sesuai untuk datang makan sini pada bila-bila masa.

Hari jumaat ada pisang, sedekah khas dari tuan warung

Makan sekali di Warung Rindu, rindu-rindu selalu.....

Wednesday, July 4, 2012

Harga minyak RON 97 turun 20 sen mulai esok, PRU 13 makin dekat?



Berita baik bagi pengguna minyak RON 97 apabila kerajaan mengumumkan harga akan turun 20 sen mulai esok, (Khamis) menjadi RM 2.60 dari harga sekarang RM 2.80.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengatakan penurunan harga adalah seiring dengan penurunan harga minyak mentah pasaran dunia sejak bulan June 2012.

Penurunan ini tiada kesan pada saya sebab masih menggunakan RON 95 tetapi tahu kawan-kawan yang menggunakan kereta yang mahal-mahal atau memang menjaga kereta mesti sedikit gembira. Sikit ajelah.

Cuba kerajaan turunkan harga RON 95 pula sebab rata-rata rakyat memang menggunakan RON 95 sebab lebih murah. Wishful thinking because its impossible due to the market and also Government policies. 

P/s: Turun harga minyak mungkin juga strategi kerajaan untuk Pilihan Raya Umum (PRU 13) yang akan datang? Betul ke?

Cerah mata lepas minum benda ni


Tongkat Ali terbaik!

Tuesday, July 3, 2012

Jom cuba Cheesy Bites Steak Pizza @ Pizza Hut

Cheesy Bites Steak Pizza @ Pizza Hut
Hujung minggu lepas ajak isteri keluar makan sebab nak bagi peluang dia berehat dan juga untuk cuba pizza baru Pizza Hut, Cheesy Bites Steak Pizza. Yeah! Selalu dengar iklan di radio aje, itulah yang tarik juga isteri pergi mencuba.

Melayan Kaisan sementara order kami sampai
Pizza Hut One Utama pilihan kami sebab paling dekat dengan rumah dan memang sesuai untuk keluarga. Sebab dah tahu nak order apa, takdelah lama sangat "study" menu tu. Cuma nak pilih menu untuk Kaisan sebab "Kids Eat Free Everyday".


Kids Eat Free Every Day

Pilihan kami Meaty Feast 1 yang ada regular size Cheesy Bites Steak Pizza, 2 soup of the day, 4 garlic breadsticks dan 2 glass 7 Up Revive.

Macam biasa, soup of the day (mushroom soup) dan air sampai. Makanan Kaisan pun sampai, order favourite Kaisan Kids Carbonara. Besar juga portion untuk kids tapi yang paling penting...FREE!!!

Berselera Kaisan mengadap Kids Carbonara...favourite!

Memang kali ini Pizza Hut tidak mengecewakan selepas 2 kali kecewa dgn pizza-pizza baru yang lepas-lepas dari Pizza Hut. (Baca: Triple Chicken Threat Pizza & Pizza Hut Chunky Loaded Mengecewakan)

Disebabkan tak nak spoil mood, sila lah layan gambar-gambar pizza ini. Memang terangkat.

Cheesy Bites Steak Pizza
Mama pun berselera
Memang berpuas hati dan terangkat
Kaisan makan sampai terangkat-angkat jari kelingking

Promo dari Pizza Hut

Order set yang di offer

Saturday, June 30, 2012

Pengganti WQK 4391

Lebih luas, lebih selesa
Kasi cuci bersih-bersih boss!

Walaupun berat hati bercerai dengan WQK 4391

Demi kebahagiaan, keceriaan dan keselesaan isteri dan anak

Bercerailah sudah, 

Inikah yang di kata  habis madu sepah di buang?
+


- WQK 4391 DALAM KENANGAN

Lunch Meatballs Ikea

Muka tak sabar-sabar dari mama untuk membaham
Ikea Meatballs menjadi sasaran mama
Nasi goreng ayam Ikea boleh tahanlah
Muka mama yang happy selepas dapat membaham meatballs
Kaisan cool hilangkan dahaga
Auuummmm.......

Dapat No. 3

Simpan di meja office

Boleh tahan 2nd Runner's Up
Pasukan futsal BSC WP 1. Mantap.

Dalam kemeriahan Euro 2012, company tempat kerja anjurkan futsal tahunan. Sudah lama tak join tournament futsal ni. Boleh try skill-skill macam Cristiano Ronaldo, Pirlo, Xavi, Iniesta. 


Masuk tournament dengan tiada harapan hanya nak join sekali tapi tengok-tengok.....dapat nombor 3. 

Sebagai kapten, teammates yang ada memang yang terbaik sebab beri 100% effort dan sekurang-kurangnya bawak balik piala. Boleh bawak ramai-ramai minum kat pantry.

Final EURO 2012 nanti siapa yang menang? Italy? Spain? Korang rasa siapa yang menang? Berapa score?

Not a care in the world...



Ini lah perangai kanak-kanak. 

Dalam sibuk-sibuk orang cari barang, dia boleh bermain tanpa kisah sekeliling.

Bila kali terakhir kita boleh tinggalkan dunia sibuk kita dan terus bermain?

Friday, June 29, 2012

Bye-Bye WQK 4391




You were my first. 

You were there when I needed you. 

You served me & my family well for 5 years. 

Hope you give someone else joy.

Bye-bye WQK 4391.

You will be missed.

Thursday, June 28, 2012

Akhirnya pergi juga ambil hadiah dari SAYS


Akhirnya dapat juga cari masa untuk pergi mengambil hadiah 4th Anniversary Birthday Giveaway dari SAYS. 




Memang suka minum kopi dan dah lama survey harga machine Nescafe Dolce Gusto ini tapi harga dia terus kill semangat nak beli. Tapi bila menang salah satu as grand prize, punyalah happy.




Thank you SAYS for choosing me to be one of the grand prize winners (actually nak Samsung Galaxy S III), but this will do too!

Tuesday, June 26, 2012

Another payment from SAYS.MY

Alhamdulillah.

Received another payment from SAYS.MY but this time I felt a need to share the happiness (not the money) with you guys. This is not to show off but to prove that you can indeed earn money from the internet.


Dashboard SAYS.MY before cashout
Verfied email from SAYS.MY
Confirmation email from SAYS.MY

So, those who are interested in joining the SAYS.MY community can start by clicking on this link http://says.com and registering.