Ads by Nuffnang

Wednesday, July 20, 2011

Lebih Baik Diam Dari Menyesal


Kadang-kadang mendiamkan diri lebih baik dari cakap benda yang kita akan menyesal kemudian. Kalau boleh guna duct tape tu, dah lama dah nipis satu roll tape tu.

Mungkin belum matang, mungkin tak reti nak appreciate tapi sebab kita lebih tua dan perlu lebih kuat, kenalah sabar dan terus diam. 


It's the best for everyone.

Episod Terakhir Drama Juvana @ TV3 Rekod 4.2 Juta Penonton


Isnin lepas drama terbaru TV3, Juvana menayangkan episod terakhirnya. Berdasarkan ratings oleh AC Nielsen, serama 4.2 juta penonton menyaksikannya. Setakat ini, rasanya itu ratings tertinggi bagi drama tempatan.

Tak terkejut dengan ratings yang tinggi untuk Juvana sebab jalan ceritanya memang menarik walaupun kadang-kadang agak skem dari segi dialog. Juvana sedikit sebanyak memberikan insight terhadap kehidupan pesalah-pesalah juvana walaupun mungkin ia rekaan. Sedikit sebanyak membuka mata orang ramai tentang keadaan mereka di tempat tahanan juvana.

Tahniah kepada kru penerbitan Juvana kerana menghasilkan rancangan drama yang bagus dan seronok di tonton.

Wordless Wednesday #3


What is "Wordless Wednesdays"?

It is a day where we let the pictures tell the story or create a meaning to the viewer.

Tuesday, July 19, 2011

Ada Apa Dengan Big Apple,J Co & Krispy Kreme. Kuih Gelang Lagi Sedap!

Gambar ihsan dari FB Soraya
Terjumpa FB entry kawan sekolah tentang kitchen experiment terbarunya di dapur, kuih gelang. Bila tengok kuih gelang ini teringat masa aku membesar di kampung aku dulu di Taiping. Arwah tok dulu rajin buat kuih gelang buat makan petang. Bancuh satu teko teh "O" sambil borak-borak dengan arwah tok dulu, memang bahagia.

Arwah tok sudah hampir 5  tahun menyahut panggilan Allah untuk kembali kepada-Nya. Tapi semua happy memories membesar di rumah tok serta nasihat tok sentiasa bersama aku. Al-Fatihah pada arwah tok dan aku sentiasa mendoakan arwah di letakkan hamba-hambaNya yang beriman.

Al-Fatihah.


Recipe untuk kuih gelang:
 7 biji ubi keledek
500 gm tepung gandum
1 cawan gula halus
Garam 
Air
Minyak


Panduan membuat:


1.Rebus ubi hingga empuk, lenyek-lenyekkan dan biarkan sejuk sebentar. 


2.Tambahkan sedikit garam dan tepung dan uli sehingga tidak melekat pada tangan. Jika masih lembik, tambahkan tepung.


3. Ambil sedikit dari adunan dan bentukkan seperti gelang. Jangan terlalu tebal sebab takut tidak masak di dalam. Buat lagi sehingga habis adunan.


4. Panaskan minyak dahulu dan masukkan gelang-gelang tadi. Apabila sudah cukup masak, angkat dan biarkan sejuk sekejap.


5. Taburkan gula halus dan sudah siap untuk makan.

Saturday, July 16, 2011

Malaysia Lawan Liverpool.....Ini Malaysia...Bukan Anfield.

Harimau Malaya lawan Liverpool FC
16 Julai 5.45 petang
Stadium Nasional, Bukit Jalil
Bangun pagi ini, terus buat kerja rutin hujung minggu dan terus baca blog bloggers lain yang memang aku follow setiap hari. Entri yang menarik minat aku untuk membaca ialah dari blog Sharing is Power iaitu Sokong Pemain-Pemain Malaysia, Jangan Ejek-Ejek Mereka.

Dengar-dengar dari die hard fans Harimau Malaya masa Malaysia lawan Arsenal lepas, pemain-pemain Malaysia kena boo bila buat silap. Stadium pun dah rupa macam Stadium Emirates dan pemain-pemain Malaysia macam dah jadi orang luar di tanah sendiri. 

Jangan ulangi apa yang terjadi pada pasukan Singapura tahun lepas masa Liverpool berkunjung ke sana (boleh baca: This is NOT Anfield). Khabar angin ini di sangkal die hard fans Arsenal pula. Di katakan sebab "booing" tu terjadi sebab ada fan Man Utd di kalangan penonton. Tidak pastilah siapa yang betul.

Penyokong The Reds memang ramai di Malaysia ini. Tengok training session pun dah 40,00 orang. Apa hal? Inikan pula masa perlawanan nanti mesti ramai. Cuma di harap, pemain-pemain Malaysia juga di berikan sokongan. Aku ada beberapa cadangan:


  • Mungkin boleh dinyanyikan lagu Negaraku walaupun organiser mungkin tak mainkan di stadium nanti. Naiklah semangat wira-wira kita nanti bila nak lawan Mighty Reds tu. 
  • Kalau dapat seimbangkan yang pakai jersey Malaysia dan jersey Liverpool lagi cun walaupun aku tahu ini susah nak terjadi. Kalau terjadi memang terbaik!

Kalau kita sebagai rakyat Malaysia tak support team kebangsaan sendiri, siapa lagi yang nak support? Betul kan? Bak kata pepatah 'Majulah Sukan Untuk Negara", pepatah moden. Entri ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak untuk mencabar semangan patriotik fans Liverpool FC.

P/s: Betul ke ada tunjuk Live Malaysia vs Liverpool FC di Channel Astro Arena @ 801 jam 5:45 nanti?

Thursday, July 14, 2011

Liverpool Dah Sampai Malaysia

Malaysia lawan Liverpool, Sabtu 5.45 petang, Stadium Nasional Bukit Jalil
Pasukan Liverpool dah sampai Malaysia 4.25 pagi tadi. The Reds bertolak terus ke Malaysia selepas perlawanan dengan Guangdong Sunray Cave semalam. Terus di bawa ke hotel mereka di Damasara.

Peminat Liverpool dan bolasepak boleh datang menyaksikan latihan mereka di Stadium Bukit Jalil jam 7 petang hari ini. 


Ini adalah kedatang pertama kali oleh Liverpool ke Malaysia. Rasanya sebelum ini tak boleh datang sebab promote certai brand arak kot. Akhirnya sedar juga.

Harimau Malaya Kena Boo Masa Lawan Arsenal Semalam di Tempat Sendiri? Betul ke?

Berbaloikah kemungkinan kehilangan khidmat Aidil Zafuan untuk perlawanan Singapura nanti?
Perlawanan semalam dah selesai. Rasanya Arsenal pun dah berangkat pergi destinasi seterusnya dalam Far East Tour 2011 mereka. Tapi perlawanan semalam masih lagi menjadi bualan peminat-peminat bola sepak. Ada yang kata skud Harimau Malaya kita kena "boo" dengan rakyat Malaysia sendiri di dalam stadium sendiri. Betul ke ni?

Sedih pulak mendengar benda ini boleh terjadi kat pasukan kita. Korang jangan cepat lupa, pasukan yang pakai jersey kuning semalam tu JUARA ASEAN! Pasukan inilah yang korang semua sokong dan banggakan apabila Safiq Rahim menjulang Piala AFF akhir tahun lepas. Dari gambar-gambar, nampak lebih macam Stadium Emirates dan bukan rupa macam Stadium Nasional Bukit Jalil dah. Penyokong lagi gemar pakai baju Arsenal berbanding jersey Malaysia. Kecewa.

Pasukan Malaysia membanggakan negara
Pada aku, perlawanan semalam tiada makna. Maksud aku, ia hanyalah perlawanan pertunjukan dan coach K. Rajagobal gunakan sebagai pemanas badan. Selain it, perlawanan semalam juga sekadara untuk kutip experience lawan dengan team yang memang skill dan teknik yang lebih superior dari kita. Pemain Malaysia pun boleh belajar teknik dan dari cara Arsenal control game semalam. 

Arsenal jauh lebih hebat. Pasukan kita pulak masih lagi dalam proses kebangkitan selepas berapa tahun berada kat bawahan. Peminat patut berilah sokongan pada pasukan kita, tak kiralah team mana yang datang sekalipun. Bukanlah kata tak boleh pakai jersey team kelab yang disokong, tapi cuba tunjukkan pada pasukan yang datang kita bangga dengan skuad Harimau Malaya kita. Mungkin boleh mula dengan sabtu ini masa Malaysia lawan Liverpool.

P/s: Betul ke lagu "Negaraku" pun tak dimainkan semalam sebelum perlawanan? 

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday #2




P/s: Lepas ni nak letak gambar Kaisan pakai baju skuad Harimau Malaya. Kaisan suka jersey biru.

Keputusan Malaysia Lawan Arsenal



ARSENAL 4
MALAYSIA 0

Keputusan akhir perlawanan persahabatan Arsenal lawan Malaysia ialah 4 - 0. Jaringan-jaringan dari Arsenal datang daripada Aaron Ramsey, Theo Walcott, Carlos Vela dan Tomas Rosicky.

Pada aku ini hanyalah satu perlawanan persahabatan untuk Arsenal menunjukkan penghargaan kepada peminat mereka di Asia dan kekalahan ini tidak menunjukkan apa-apa kelemahan kepada Skuad Harimau Malaya.

Keputusan Terkini Liverpool lawan Guangdong Sunray Cave


Liverpool membuka tirai Liverpool Asia Tour 2011 dengan kemenangan 4 - 3 ke atas kelab China, Guangdong Sunray Cave. Jaringan dari Christian Poulsen, David Ngog, Conner Coady dan Andy Carrol. 

Penyokong-penyokong Liverpool menyambut kedatangan idola mereka
Perlawanan ini juga menyaksikan kemunculan pembelian terbaru, Charlie Adam dari Blackpool dengan harga 9 juta Pound. 

Pemain-pemain utama lain yang membuat kemunculan ialah Joe Cole, Dirk Kuyt, Maxi Rodriguez, Andy Carrol, Alberto Aquilani dan Jamie Carragher. 

Ketua pasukan, Steven Gerrard (kecederaan) dan Luis Suarez (bersama Uruguay di Copa America) tidak bersama-sama pasukan kerana sebab-sebab di nyatakan.

Malaysia lawan Arsenal, Perlawanan Pertama Arsenal Far East Tour

Arsenal lawan Malaysia di Stadium Nasional 8:45 malam
Arsenal akan memulakan siri Far East Tour 2011 dengan perlawanan menentang pasukan kebangsaan Malaysia @ Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 8.45 malam ini. Rasanya setakat jam 7 petang tadi masih lagi tiada pengumuman akan di tunjukkan secara langsung di Astro Arena. 

Di harapkan skuad Harimau Malaya akan dapat memberikan tentangan yang kuat pada skuad bimbingan Arsene Wenger ini. Personally, aku rasa pasukan Malaysia boleh menang. Scoreline 2 - 0. Kalau kalah pun tipis.

Skuad Harimau Malaya, kami bersamamu! Tanah Tumpahnya Darahku!
Cesc Fabregas, Gervinho, Bendtner, Arsenal, Samir Nasri, Arsene Wenger

Home Made Pizza ala Bo, Terpengaruh dgn Masterchef Australia

Latest kitchen experiment, Home Made Pizza ala Bo.

Pizza crust yang memang susah nak di uli.
Pizza crust aku buat by hand. Payah juga nak uli supaya licin dan nipis. Ingredient utama; tepung gandum, air suam, yeast dan sedikit minyak zaitun.

Pizza toppings
Pizza toppings yang simple: Tomato sos, Mozarella cheese, Lada benggala (bell pepper), sosej di hiris-hiris dan cendawan butang yang di hiris.

Terlupa nak ambil gambar selepas meletakkan toppings sebab dah terlalu excited nak masukkan dalam oven. Tabur atau susun aje sesuka hati. Takde siapa nak marah. Oven perlu di "pre-heat" dahulu sebelum memasukkan pizza. Apabila sudah masukkan pizza, temperature perlulah antara 180 - 200 darjah selama 30 minit. Makin nipis crust, makin kejap timer tu.

Pizza yang baru di keluarkan dari oven. Panas!
Pandangan atas
Pandangan sisi pizza yang sedikit hangus cheesenya.
Begitulah terciptanya Home Made Pizza ala Bo. Rasanya memang sedap (kalau tak sedap pun kata sedap juga, tapi memang sedap). Lain kali boleh try toppings lain dan juga teknik lain.

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday - Kaisan Nak Jus Buah

Monday, July 11, 2011

Lagi busy dari Donald Trump

Busy hantar BBM & balas email, atok Kaisan tgh tengok televisyen sebelah
Cool aje anak saya, Muhammad Kaisan hantar sms pada kawan mama dia. Atok dia layan TV sebelah, dia pula sibuk BBM & SMS. Baru 1 tahun lebih.

p/s: habis melambung bill telephone aku.

David & Victoria Beckham Welcomes Harper SevenVictoria

Victoria and Devid Beckham during the royal wedding
Pasangan David dan Victoria Beckham menyambut kelahiran anak perempuan mereka yang di beri nama, Harper Seven pada 7:55 pagi Ahad di Los Angeles. Di beritakan kelahiran adalah melalui C-Section yang telah di jadualkan lebih awal.

Harper Seven di lahirkan seberat 7 pound 10 ounces dan sihat. Ini adalah anak keempat bagi pasangan Becham selepas mempunyai tiga orang anak lelaki, Brooklyn, Romeo dan Cruz.

David Beckham dalam statement yang di keluarkan "Victoria dan Harper selamat dan sihat. Abang-abang Harper semua gembira menyambut kedatangan adik perempuan mereka".

Saturday, July 9, 2011

Peta jalan-jalan yang di tutup dan gangguan public transport

Klik di atas gambar untuk yang gambar yang lebih besar

Plan perjalanan anda hari ini untuk elak tersangkut dalam kesesakan dan cuba elakkan ada barang-barang yang di rasakan boleh di jadikan senjata di dalam kereta. Manalah tahu pihak berkuasa mungkin akan salah anggap nanti.

Thursday, July 7, 2011

Jalan-jalan di tutup di sekitar Kuala Lumpur pada 9hb Julai 2011

Berikut di beritakan jalan-jalan di sekitar Lembah Klang yang akan ditutup pada 9hb Julai. Penutupan jalan-jalan  adalah disebabkan perhimpunan yang di anjurkan oleh Bersih 2.0


  • Lebuh Ampang  
  • KLCC 
  • Bank Negara  
  • Dataran Merdeka  
  • Sogo  
  • Chow Kit  
  • Menara Sultan Ismail 
  • Masjid Negara  
  • Jalan Raja Chulan  
  • Jalan Ipoh
  • Sentul  
  • Jalan Tuanku Abdul Rahman
  • Jalan P.Ramlee 
  • Jalan Bandar 
  • Subang Jaya ( dekat Segi )
  • Sunway Pyramid and Subang Parade
  • Federal Highway
  • LDP ( Lebuhraya Damansara Puchong )
  • KL – Seremban Highway di Seri Kembangan.
Juga di katakan akan berlaku banyak roadblock di sekitar Lembah Klang untuk memastikan keadaan aman dan tenteram. Di nasihatkan supaya planning lebih awal agenda perjalanan pada hujung minggu ini. Juga di nasihatkan tidak membawa apa-apa yang boleh dianggap sebagai senjata.

Undian Pra Olimpik London 2012: Malaysia di undi bersama Syria, Bahrain & Jepun


Baru kejap tadi, undian untuk pusingan akhir kelayakan untuk Olimpik London 2012 baru dilakukan di ibu pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Malaysia telah di undi masuk ke Group C bersama Jepun, Bahrain dan Syria. Hanya 3 tempat otomatik dan 1 tempat secara playoff di berikan kepada pasukan-pasukan dari Asia yang menjadi rebutan.

Harapan peminat Harimau Malaya ialah skuad Harimau A bimbingan Ong Kim Swee dapat melakukan yang terbaik dan insya'Allah dapat qualify pergi ke London.

Macam mana nak increase earning ChurpChurp?

After baca Afra Yuri cashing out ChurpChurp earnings dia yang terbaru "Second cashout from ChurpChurp", membuatkan aku terfikir macam mana dia boleh cepat cash out? Aku pun usaha juga dengan ChurpChurp ini nak dekat dua tahun dah, tapi masih lagi tak boleh cashout. Tak percaya, tengoklah kat bawah tu.

Alahai ChurpChurp
So, kepada blogger-bloggers yang sudi berkongsi ilmu atau tips, aku amat menghargainya. Sharing is caring, betul tak?