Ads by Nuffnang

Wednesday, November 9, 2011

Rajin betul Kaisan update facebook

Saya menjadi pemilik 3 series hari ini


Hari ini akhirnya saya menjadi pemilik 3 Series. Sebenarnya ikut hati takut juga untuk menghadapi hari ini tetapi dalam setiap kehidupan manusia memang kena hadapi kemungkinan ini.

Ohhh..saya hanya berangan. 


Sebenarnya hari ini umur saya sudah mencecah 30 tahun! Alhamdulillah dan syukur pada Allah kerana memberi umur yang panjang, rezeki yang mencukupi, kesihatan yang okay dan keluarga yang amat penyayang.

P/s: BMW 3 Series yang betul-betul akan aku milikki. Insya'Allah.

Tuesday, November 8, 2011

Year End Sale 2011

YES 15 November 2011 hingga 1 Januari 2012


Year End Sale (YES) datang lagi! YES akan berlangsung dari 15 November 2011 hingga 1 January 2012. Time sale macam ini paling sesuai untuk bakal-bakal pengantin sebab boleh beli barang-barang hantaran dengan murah. Dulu saya pun memang tunggu time YES untuk cari hantaran. 

Saya pula ada juga beberapa barang yang memang target nak beli. Kena tengok dulu ada tak kurang harganya. 

Untuk maklumat lanjut boleh melawat website  www.tourismmalaysia.gov.my  atau page Facebook www.facebook.com/cuticuti1malaysia.

Jom join contest Puss in Boots dan menang iPad2 dan iPhone 4

Puss in Boots di Malaysia 24 November 2011

Siapa yang dah biasa tengok movie Shrek mesti kenal kucing terkenal ni. Tak kenal lagi? Macam mana pula dengan gambar terkenal ini? Dah kenal?

Puss in Boots di suarakan oleh Antonio Banderas
Yup. The famous Puss in Boots lakonan Antonio Banderas dalam siri-siri movie Shrek. Sekarang ada movie sendiri untuk Puss di panggil Puss in Boots 3D. Movie Puss in Boots akan di tayangkan di Malaysia pada 24hb November 2011. 


Kali ini ada contest sebelum movie Puss in Boots di tayangkan dan menarik betul hadiah-hadiah mingguan dan hadiah utamanya.

Join contest Puss in Boots sini


Amat senang untuk join contest ini:

  1. Check out klu-klu mingguan contest Puss in Boots di UIP Facebook Page.
  2. Cari Golden Goose & Golden Eggs di empat (4) lokasi berbeza.
  3. Ambil gambar lokasi dan letakkan di UIP Facebook Page.
  4. Lima (5) peserta pertama yang berjaya meletakkan gambar di UIP Facebook Page akan menangi hadiah mingguan.
  5. Peserta yang berjaya mempunyai keempat-empat gambar akan menangi hadiah utama.
Tunggu apa lagi? Join Contest Puss in Boots sekarang dan menang iPad 2 atau iPhone 4 anda sekarang!

Bestnya kalau menang iPad 2 

Doctor Conrad Murray found guilty for Michael Jackson's death

Doctor Murray hears the verdict from the jury in MJ's death trial


Doctor Conrad Murray, 58, who was hired by the late King of Pop, Michael Jackson was found guilty by a jury yesterday. He was found responsible for carrying out his duties wrongfully and unethically that led to MJ's death.

The verdict was greeted with joy and cheers from MJ's fans. Doctor Murray's sentencing will be heard on a alter date.

Sunday, November 6, 2011

Lemang & rendang favouriteku......terbaek.

Lemang favourite time raya


Bila hari lebaran aje mesti teringat lemang, rendang, serunding dan ketupat. Tapi saya punya favourite mestilah rendang. Hari raya tanpa lemang memang tak complete. Dapat beli sebatang pun jadilah.

Cuba bayangkan di pagi raya buka selera dengan lemang, rendang ayam/daging dan secawan teh O panas. Fuhh, sendiri mahu ingat lah. Memang membuka selera untuk hidangan lain masa pergi beraya.

Korang mesti ada favourite sendiri kan? Cer citer sikit apa favourite korang time raya.

Selamat Hari Raya Aidiladha


Saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha. Berhati-hati dalam perjalanan dan jaga juga pemakanan walaupun banyak makanan yang menggoda depan mata kita.

Friday, November 4, 2011

Bangunan Darul Ehsan @ Seksyen 14, Shah Alam terbakar

Kebakaran berlaku pagi tadi di Tingkat 24, Bangunan Darul Ehsan di Seksyen 14, Shah Alam, Selangor. Punca kebakaran masih belum di tentukan. Penghuni bangunan di arahkan keluar sebagai langkah berjaga-jaga.

Asap keluar dari Tingkat 24 Bangunan Darul Ehsan
Orang ramai & penghuni bangunan di luar bangunan
Pasukan bomba mengawal kebakaran

Thank you Barney Stinson


It's been like a month since I realised that my site has been getting a steady traffic increase. People are making searches for the man that created and hardcore believer of the Man Code, Barney Stinson aka Neil Patrick Harris.

Those that have been living on the moon for the past 5 years would recognize this dude from the famous How I Met Your Mother sitcom. Suit up! and Legen *wait for it* dary are the two most epic catch phrases that this man has created. 

  
He is always legen (wait for it) dary in my books. Now, I just need to know where I can get a copy of the Man Code handbook.

Thursday, November 3, 2011

The Immortals - 11.11.11


Sejak movie 300 lakonan Gerard Butler keluar tahun 2006, memang saya tertunggu-tunggu series movies macam ni. 


Nampaknya saya tak perlu tunggu lama apabila The Immortals akan datang ke pawagam pada 11.11.11. Mesti best cerita ini sebab geng yang produce "300" juga produce The Immortals ini.

Tengoklah official trailer untuk The Immortals.



Canon 1100D atau Nikon D3100 yang bagus?

Wife saya baru-baru ini ada mengeluh kata camera Canon kami dah tak mampu nak mengambil gambar Kaisan yang makin aktif. Bila nak ambil gambar dia, mesti dia tengah bergerak. Hasilnya, gambar jadi blur dan cantik. Terlepas banyak moments yang best-best.

Inilah peluang untuk push beli camera DSLR dan wife setuju pulak. Cantiklah tu. Bincang pun bincang, wife saya kata yang penting harga bawah RM 2,000 dan mesti, bukan mesti aje, WAJIB boleh ambil gambar bergerak dengan cantik dan tak blur.

Lepas buat research sikit, ada dua option yang saya rasa okay. Canon 1100D (sebab wife suka Canon) dan Nikon D3100. Dua-dua bawah RM 2,000 dan boleh ambil gambar movement dengan agak ok.


Saya prefer Canon 1100D juga sebab lense boleh tukar-tukar tapi ramai juga kawan-kawan photographer kata Nikon pun ok. 

Apa pendapat korang? Canon yang bagus atau Nikon lagi kualiti gambarnya?

Wednesday, November 2, 2011

Saya nak belajar menjadi blogger berilmu (& berjaya)

Pagi ini, seperti biasa saya akan melakukan blog reading pada bloggers favourite. Di antaranya blog saudara Eyriqazz (http://www.eyriqazz.com) yang memang sempoi dan yang paling saya suka sebab dia rajin dan feature juga family dia dalam blog posting sekali-sekala.

Hari ini Wordless Wednesday dan lepas tengok foto cheque terbaru di terima oleh saudara Eyriqazz dalam posting Wordless Wednesday terbarunya, terus wordless saya. Tak mampu mengucapkan apa-apa pun. Hanya kagum dengan pencapaian dia sejak 3 tahun dia berblogging.

Mungkin rezeki saya belum tiba dan perlu berusaha lagi. Kena cuba tingkatkan ilmu blogging, enjoy blogging dan share ilmu (& pengalaman) dengan pembaca. Insya'Allah.

Tuesday, November 1, 2011

Ronald McDonald (McDonald's) lawan Colonel Sanders (KFC), siapa menang?


Kalau Ronald McDonald lawan Colonel Sanders rasa-rasa korang siapa yang menang?

I Wanna Be Like Messi. Nothing is impossible.

Adidas F-10 Adizero
Selepas 2 tahun tak bertukar kasut futsal akhirnya aku beli kasut baru Adidas F-10 Adizero. Warna oren bersilau untuk mengaburi pemain lain sampai tak nampak mana bola..hehe...over sangat lah tu.


Kasut lama Nike T-90 Laser
Kenapa saya pilih adidas kali ini walaupun dah lama pakai Nike? Sebab saya rasa adidas lebih kualiti kasutnya dan sesuai untuk orang-orang yang berkaki lebar macam saya. Lagipun, if its good enough for the best player in the world, Lionel Messi, why not?

Lionel Messi pun pakai kasut ini. Sama kan?
P/s: Ada orang kata membazir aje beli kasut mahal-mahal sebab nanti letak kat kaki. Apa pendapat korang?

Sunday, October 30, 2011

Babysitter untuk Kaisan

Lunch @ La Manila Cafe Midvalley Megamall


Sejak saya beli tablet Asus Eee Pad Transformer bulan lepas, memang banyak kegunaanya. Tapi function yang paling penting dan saya rasa paling berguna ialah jadi "babysitter" untuk Kaisan bila kami keluar makan.

Dulu kena bergilir-gilir untuk makan sebab sorang kena jaga Kaisan, while sorang lagi makan. Kekadang tu hilang mood nak makan sebab kena makan cepat-cepat. Sekarang dah tak ada masalah ini. Saya dah download favourite Kaisan iaitu Upin & Ipin dan juga apps education lain macam kenal huruf, kenal nombor dan warna. Apps lain macam Angry Bird tu dah macam wajib aje ada.

Kaisan @ Tea Pot Cafe SACC Mall Shah Alam

Bila kami keluar makan pun, memang boleh nampak parents lain pun buat "taktik" yang sama. Memang berguna betul ada tablet pc ni dan saya pun recommend parents lain beli kalau mampu untuk memudahkan tugas menjaga anak.

Wednesday, October 26, 2011

Review semula harga tiket Final Piala Malaysia 2011?


Mungkin ada harapan harga tiket kena review semula oleh FAM selepas arahan dari Kementerian Belia dan Sukan? 


Korang rasa harga akan turun tak? Dan berapa harga tiket yang sesuai?

Boikot Final Piala Malaysia semakin panas

Banner bantahan di naikkan di STAR Paroi
Nampaknya bantahan terhadap kenaikan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia pada 29hb Oktober di Stadium Shah Alam di antara Negeri Sembilan dan Terengganu sudah makin memuncak. Banner di atas tu di naikkan oleh penyokong pasukan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Di Terengganu pula, satu lagi banner yang juga menyatakan ketidakpuashatian penyokong pasukan Terengganu di bentangkan. Nampaknya penyokong kedua-dua pasukan bersepakat untuk membantah kenaikan harga tiket oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dari RM 30 untuk perlawanan akhir pada tahun lepas kepada RM 50 pada tahun ini.

Banner bantahan oleh penyokong Terengganu
Kenaikan yang amat drastik ini tidak patut di lakukan oleh FAM dan akan hanya menyebabkan penyokong bolasepak tempatan terus menjauhkan diri dari stadium-stadium. 

Mungkin dahulu duit tajaan dari syarikat rokok menjadikan FAM antara persatuan yang terkaya di Malaysia tetapi ini bukan langkah yang adil dengan menghukum penyokong tempatan senata-semata ingin menambahkan tabungan FAM.

Saya di sini menyokong bantahan kenaikan harga tiket untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2011. Kepada yang ingin menambahkan sokongan pada boikot ini boleh meletakkan sokong pada :-


Petisyen Kami Boikot Perlawanan Akhir Piala Malaysia Kerana Kegagalan FAM Menguruskan Bolasepak Malaysia!!!


P/s: Tahun 2012 akan menjadi tahun pasukan Perak. Kejor yop kejor!

Tuesday, October 25, 2011

Pendapat saya tentang Masterchef Malaysia


Sejak MasterChef Malaysia muncul di Astro @ Ria sabtu lepas (di tayangan dari hari Sabtu hingga Rabu setiap minggu), saya tak rasa MasterChef Malaysia ini dapat kekalkan minat penonton especially penonton yang sudah biasa dengan versi MasterChef Australia, MasterChef US dan Juniour MasterChef Australia.

Tak perlulah kita tiru version yang lain itu tapi Astro perlulah cuba buatkan show lebih relax dan menyeronokkan. Komen-komen yang di beri rasa seperti macam ada dalam kelas bahasa atau lecture room di kolej. Cuba jadikan version MasterChef lain tu sebagai reference point. Peserta mereka lebih relax dan makin lama makin bagus. Saya especially suka Junior MasterChef Australia. Bayangkan budak-budak berumur 8-13 tahun boleh memasak makanan seperti di hotel 5 bintang. Terpegun.

Saya ada beberapa cadangan. Suasana yang relax dan kreatif mungkin dapat mengurangkan tekanan pada peserta yang memang nampak sangat-sangat kaku. Ada yang berdiri dalam keadaan senang sedia ala-ala tentera apabila menunggu keputusan judges. Di sinilah peranan judges penting. Apabila kurang tekanan, kreativiti dan kebolehan peserta akan muncul dengan sendirinya. Penonton pun akan lebih nak tahu apa yang setiap peserta akan sediakan dan pasti ada yang menjadi favourite penonton. Chef Wan pun ada komen tentang perkara ini melalu Facebook.

Peranan judges sangatlah penting menjadikan MasterChef Malaysia interesting
Komen dari judges pun adakalanya sampai tahap kelakar pun ada. Kekadang tu saya sendiri tukar channel sekejap bila rasa komen tu terlalu kelakar dan "entah apa-apa" punya komen. Peserta bergantung kepada komen-komen dari judges yang berpengalaman untuk menjadi lebih skilful dan cekap.

Para peserta harus di galakkan oleh judges dan Astro untuk lebih relax dan kreatif. Kesian juga tengok peserta-peserta tu sebab terlalu tertekan untuk impress judges. When you relax, more positive stuff will come out of it.

Apa pendapat korang tentang MasterChef Malaysia ini?

Monday, October 24, 2011

Cepat betul Wikipedia update.


Cepat betul Wikipedia update apa-apa information. Cuba korang try search tentang "Marco Simoncelli" dan pasti Wikipedia akan muncul juga dalam search results list korang.

Kalau di perhatikan pada perenggan terakhir tentang pelumba Itali yang mati tadi semasa Moto GP Malaysia 2011 tadi, ada di terangkan tentang kematian pelumba ini dari bagaimana tragedi tu berlaku dan apa kecederaan yang Simoncelli alami.

Marco Simoncelli, 24 tahun

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sesuatu kepada keluarga, kawan-kawan dan peminat Simoncelli. 


I would like to express my condolences to the Simoncelli family, the Honda team and all of his fans. Hope you guys will be strong and accept it as fate.

P/s: Kemalangan tidak boleh di duga bila boleh berlaku. Kita hanya boleh berhati-hati.

Sunday, October 23, 2011

Hello....Fiona ada?

Assalamuaalaikum, boleh Kaisan bercakap dengan Fiona?
Apa makcik? Fiona dah keluar? Keluar dengan Azroy?
Iye ke makcik? Kaisan sedih. Lisa ada tak?
Tak dapat Fiona, terus target Lisa ye Kaisan? That's my boy!

Muda sangat ke untuk Kaisan main-main cinta? Muka jambu macam ni mesti ramai yang suka.