Ads by Nuffnang
Friday, March 20, 2020
Wednesday, June 5, 2019
Friday, May 31, 2019
"Tong Kosong" yang paling bising sekali....
Kadang-kadang kita akan jumpa dengan orang yang boleh dikatakan "tong kosong".
Orang-orang yang selalu cakap gah atau janjikan benda yang macam-macam, tapi usaha tak ada dan akhirnya takde hasil.
Selalunya kalau jumpa orang macam ni saya tumpang "energy" dan keyakinan yang dia tengah tunjuk. Same time, bagi encouragement and tips. Manalah tau dapat bantu.
These days, saya beringat pada quote bawah ini
Friday, May 24, 2019
Pentingnya Hibah Takaful
"Ahhh.....Nantilah bro aku amik medical card. Lepas raya nilah aku cari kau kalau aku jadi nak amik pun".
Itulah antara contoh reply yang saya dapat baru-baru ni bila follow up balik pada client yang nak ada medical card sendiri pada mulanya tapi akhirnya hilang focus sebab nak beli benda lain dgn bajet takaful tadi.
Takaful ni yang terbaiknya semasa kita masih sihat dan keadaan kewangan yang stabil. Kalau dah masa sakit tu, kena reject dengan company takaful dan insurance janganlah terkejut.
Kalau ada yang nak tahu macam mana nak mulakan adakan plan, boleh PM saya Bokhari 010-5050000.
Sunday, January 15, 2017
PRS Remaja - Simpan RM 1,000 dalam setahun, dapat lagi insentif RM 1,000 dari kerajaan.
Mungkin ramai yang tidak tahu yang dalam bajet 2017 yang lepas insentif simpanan Persaraan Simpanan Swasta (PRS) untuk remaja dinaikkan dari RM 500 kepada RM 1,000.
Dengan hanya membuka akaun dengan RM 100 sahaja, remaja dalam lingkungan umur 20-30 tahun akan dapat simpanan tambahan RM 1,000 dari kerajaan yang akan terus di masukkan dalam akaun simpanan persaraan.
Pada saya, good deal sebab dapat duit simpanan tambahan dan insentif ini hanya sehingga tahun 2018 sahaja. Insentif ini hanya diberi sekali saja.
Selain itu, penyimpan boleh dapat pelepasan cukai pendapatan tahunan sehingga RM 3,000 bila menyimpan dalam PRS ini. Pelepasan cukai pendapatan ini boleh dinikmati oleh semua penyimpan PRS dan tidak hanya pada golongan remaja.
Jika berminat ingin tahu lebih lanjut, hubungi saya, Bokhari 010-5050000. Boleh kita mengopi sambil saya terangkan tentang PRS ini.
http://www.nst.com.my/news/2016/10/182235/2017-budget-incentive-increase-prs-contributors
http://www.nst.com.my/news/2016/10/182235/2017-budget-incentive-increase-prs-contributors
Monday, December 12, 2016
Mini Mini Cafe @ Midvalley Megamall
Last week I found some time to do some Back to School shopping for my son. The day got better when my wife took the rest of the day off to join us for the shopping adventure. I had to call it an adventure so that my son didn't get bored.
Before the "adventure" kicked off, we decided to fill up our tummys. My wife suggested the Mini Mini Cafe which is on the 3rd floor. She works next door at The Gardens, so I was game to try a new place.
I am gonna be honest, when I saw the place the first thing that came to my mind was "she is K-Popping again". My wife is a big fan of anything Korean or Korean pop culture inspired stuff. So, I was bracing myself for this experience.
We sat down and ordered. I was immediately proven wrong of the K-pop concept since the food had a variety to it. From the normal stuff like burgers, pizzas and pastas to our own local delicacies like nasi goreng, mee rebus and you get idea.
Charlie Brown and gang having their meal inside our table |
More stuffed toys inside the table |
My wife ordered the Korean inspired lunchbox |
My son ordered his favourite item...
|
We were very happy with what we ordered and they came with some jelly and also drinks. The prices are reasonable. I would come again just for the mee curry alone. The broth was thick, spicy and the bowl was full of stuff.
I totally recommend the place and you won't be disappointed.
Address: Lot.T-007A & T-005C, 3rd Floor, Mid Valley Megamall, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia
Friday, March 27, 2015
Tuesday, March 24, 2015
Hot Wheels Rally Set
Kaisan setting up his next run |
I love collecting Hot Wheels. Hunting. Collecting. Trading and sometimes selling those extra pieces so that I can buy more Hot Wheels.
So, not surprising that I am trying to get my eldest son Kaisan hooked to this hobby as much as I am hooked on it. He has his "starter" cars, which I would buy for him (reluctantly), those cars that are deemed normal and not really collectible cars for die-cast enthusiasts.
Bought him his first Hot Wheels Race set (with my wife's full blessing) from Toys R' Us which was on a Star Deal going for RM 59.90 (Normal price RM 69.90). Got back home and immediately got it assembled and watched gleefully as Kaisan continue having so much fun with his hot wheels set. He is hooked! Success!
I guess the saying is right. The apple won't fall far from the apple tree. Well something like that.
Looks like fun! |
p/s: Maybe will wait until he gets his driving license before passing on my Skylines, Datsun Wagons, Honda 1990 efs and Morris Minis. Well......
Thursday, March 19, 2015
Sibling Rivalry
Like every parent, sibling rivalry is something that will cross our thoughts. Even before adding to the current herd (yeah, I call them a herd, in a nice way *smile*) we will already think about this.
Harris & Hannah |
With twins, it is something that will definitely happen and it has already started. Initially, my wife and I did not pay too much attention and brushed it off as a normal once or twice occurrence. But apparently it has been getting out of hand with some biting involved.
This would be the work of Miss Hannah |
Usually this happens when they are eyeing for something or just want some space. Hannah is like picky when it comes to her personal space, while Harris is more defensive when it is during feeding time. Like he is trying to say "Harris don't share food" ala Joey Tribbiani in Friends.
We will definitely keep an eye on them from now on. But I don't actually blame Hannah because Harris is kinda very "biteable".
We will definitely keep an eye on them from now on. But I don't actually blame Hannah because Harris is kinda very "biteable".
Saturday, February 28, 2015
Harga minyak naik semula mulai 1 Mac 2015
Mulai 12:01 pagi nanti harga runcit petrol RON 95, RON 97 dan Diesel akan naik sebanyak 25 sen. Harga baru setiap jenis petrol:
- RON 95 - RM 1.95 seliter
- RON 97 - RM 2.25 seliter
- Diesel - RM 1.95 seliter
Nampaknya peniaga-peniaga yang tak menurunkan harga bila harga minyak turun akan rasa "justified" dalam tidak menurunkan harga barangan sebab sekarang harga petrol sudah naik sedikit semula.
Sunday, February 22, 2015
Kali pertama join carboot sale
Dah lama dah saya nak cuba join carboot sale atau pasar karat ni tapi tak sempat. Tak sempat nak tengok barang-barang terpakai apa boleh jual.
Mingu lepas join kat tapak carboot sale dekat dengan rumah hari Ahad dengan sewa satu tapak promotion RM 5 sekali dengan ahli keluarga yang lain. Bulan depan naik jadi RM7. Oklah rate tu, nak balik modal pun tak susah.
Tempat masih baru, so trafik pengunjung pun tak ramai. Suam suam kuku gitu tapi untuk percubaan pertama tu ok jugalah.
Dapat jual kereta-kereta hotwheels dan beberapa pasang baju anak-anak yang dah lama. Nanti boleh try lagi kat tapak yang lain. Sambil berniaga dan duit masuk, boleh juga clearkan sikit area rumah.
Kepada yang nak cari barang terpakai yang masih elok, mehlah singgah di Carboot Sale Galaxy Seksyen 4 Bandar Baru Bangi dari 7:30 hingga 11:30 pagi. Macam-macam ada :)
Tuesday, January 27, 2015
Terima kasih Bonuslink
Hari ni dapat bungkusan courier. Rasanya ini voucher KFC yang di janjikan Bonuslink 2 minggu lepas sebab saya ada points Bonuslink yang dah nak expired. Katanya rugi kalau dibiarkan camtu aje, so saya pun on aje. Tak sia-sia swipe kad Bonuslink kat Shell, Parkson, Caring Pharmacy dan partners yang lain..
Nampaknya malam ini kita makan KFC lah ye. Ke Pizza Hut? Takpun Ayamas...hmmm..
Thursday, November 27, 2014
Tuesday, April 8, 2014
Dah 6 bulan dah umur Hannah Rose & Harris Reza
Hannah Rose dengan Abang Long Kaisan |
Sekejap aje rasa, tup tup anak kembar saya Hannah Rose & Harris Redza dah cecah 6 bulan. Macam-macam kerenah, perangai dan keperluan. Umur macam dua-dua ni dah seronok dah nak bermain-main dengan diorang. Badan pun dah tegap sikit especially si Harris, sampai Atok Mi di pun dah "give up" nak timang dia.
Harris Redza & Abang Long Kaisan |
Ayah & mama suka melayan Harris & Hannah dan tiap-tiap hari mendoakan korang berdua jadi hamba Allah S.W.T. yang beriman & bertakwa. Amin.
Friday, April 4, 2014
Rebate tambahan RM 2,000 untuk Taksiran Cukai Tahun 2013 sahaja
Website LHDN: http://www.hasil.gov.my/ |
Lama betul saya tak update blog ni. Agak sibuk melayan si kembar Hannah & Harris tu. Dah masuk 6 bulan lega sikit. Ada sikit time untuk update blog sikit-sikit.
Semalam ada pegawai-pegawai dari LHDN datang buat penerangan tentang tax return tahun 2013 dan kita pun boleh tanya apa-apa kalau ada musykil. Salah satu yang menarik pegawai tu highlight ialah tambahan rebate RM 2,000 kepada yang income bawah RM 8,000 sebulan atau RM 96,000 setahun. Confirmlah saya boleh claim sebab tak cecah angka tu sekarang. Masa depan tak tahulah. In sya Allah.
Tarikh tutup untuk submit tax returns tahun 2013 ialah 30 April 2014, so janganlah lengah-lengahkan. Mana tahu boleh reclaim balik duit PCB tu.
Senarai rebate yang boleh claim untuk pulangan cukai taksiran: http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=1&posi=3&unit=1&sequ=1
Monday, December 16, 2013
Sunday, December 1, 2013
Saturday, November 30, 2013
Beli Kambing Untuk Majlis Aqiqah Kembar
Amalan kebiasaan apabila menyambut kedatangan anak-anak ialah dengan adakan acara aqiqah qurban. Di buat dengan ikhlas dan sempurna, in sya Allah hidup anak-anak dan keluarga di berkati Allah SWT.
Lupa pulak nama tuan punya ladang, cuma memang seorang yang peramah dan baik hati. Sampai-sampai aje di pelawa makan sarapan pagi mihun dengan teh O. Memang layan bila di kenangkan belum lagi sarapan pagi.
Pergi ke sana untuk dapatkan seekor kambing tapi alhamdulillah dapat dua ekor sebab tuan ladang sedekah seekor. Kenapa pergi cari seekor aje padahal kembar sepasang? Patutnya 3 ekor kambinglah kan? Betul tu. Tapi dua ekor tu kami dah buat melalui eZQurban. Sedekah pada saudara-saudara Islam di negara lain yang lebih memerlukan.
Bila tengok ladang tu, ada kambing, lembu, ayam, rasa macam nak keluarkan diri dari rat race sekarang tapi belum berani. Tuan punya ladang dulu pun sama juga perasaan masa kerja dengan kerajaan dan nekad buka ladang. Alhamdulillah dah 10 tahun ladang dia dan makin banyak order dan ternakan dia. In sya Allah, mungkin boleh planning dari sekarang.
Sikit gambar-gambar semasa pergi ke satu ladang di Semenyih.
Kambing biri-biri |
Lembu pun ada di ladang ni |
Sunday, November 3, 2013
Perkenalkan anak kembar Bo, Hannah Rose dan Harris Reza
Kaisan dengan Hannah Rose (kiri) & Harris Reza (kanan) |
Sorry lama tak update. Busy sikit dua bulan yang lepas ni. Memang tak ada masa nak update blog. Terikat habis melayan kembar kami, Hannah Rose dan Harris Reza. Yup, pasangan kembar sepasang kami atas tu. Tengah-tengah tu anak sulong kami, Muhammad Kaisan.
Macam mana pun, saya akan cuba juga untuk cari masa untuk update blog. Passion blogging kena maintain. Kipas susah mati kata orang kalau cerita tentang passion blogging ni.
Kalau ada yang nak bagi hadiah untuk Hannah & Harris, boleh klik bawah ini atau di Tabung Anak Kembar Bo di sebelah tu
Kalau ada yang nak bagi hadiah untuk Hannah & Harris, boleh klik bawah ini atau di Tabung Anak Kembar Bo di sebelah tu
Take care guys!
Lagi gambar-gambar Hannah & Harris:
Hannah Rose & Harris Reza |
Hannah Rose, 2.5 kg berat masa di lahirkan |
Harris Reza, 2.6kg berat masa di lahirkan |
Kaisan sayang benar dengan adik-adik dia |
Doakan mereka menjadi anak-anak yang soleh dan beriman |
Subscribe to:
Posts (Atom)