Ads by Nuffnang

Saturday, November 13, 2010

Aston Villa 2 - Manchester United 2

Richard Dunne menghalang Chicarito 

Perlawanan di Villa Park menyaksikan separuh masa kedua yang penuh aksi selepas separuh masa pertama yang terlalu hambar sehinggakan terlelap sekali sekala.

Aston Villa melakukan jaringan pertama pada minit ke-72 melalui tendangan penalti Ashley Young selepas Young di jatuhkan oleh Wes Brown. Wes Brown di layangkan kad kuning akibat kesalahan di lakukan.

Villa melebarkan jurang dengan jaringan pemain muda, Mark Albrighton empat minit kemudian. Albrighton menyudahkan hantaran silang Downing. 

Selepas jaringan itu, Sir Alex Ferguson melakukan pertukaran dengan memasukkan Macheda dan Obertan untuk menggantikan Berbatov dan Hernandez. 

Pertukaran ini mebuahkan hasil apabila Macheda merapatkan jurang dengan rembatan kencang melepasi jangkauan penjaga gol Villa, Brad Friedel. Empat minit kemudian, Nemanja Vidic menanduk masuk jaringan penyamaan selepas hantaran cantik dari Nani. Perlawanan akhirnya berkesudahan 2-2.

No comments:

Post a Comment

Comment here