Ads by Nuffnang

Monday, July 4, 2011

Aku berjumpa dengan pemain terbaru Manchester United

Tidak dapat lagi aku sorokkan betapa excitednya aku untuk berjumpa dengan pemain baru kelab terhebat di dunia, Manchester United. Di sangka hanya bersantai bersama keluarga pada hujung minggu bertukar menjadi satu experience yang tidak dapat di lupakan.Youtube.com

Dia dikatakan bakal menggantikan legenda midfield, Paul Scholes kerana kebolehannya membuat hantaran tepat & teknikal permainan yang tertinggi. Dia juga di katakan bakal menyaingi populariti bekas pemain, David Beckham & Cristiano Ronaldo kerana paras rupa yang agak babyface.


Inilah dia Muhammad Kaisan, anak lelaki Bo yang berbakat besar. Pemain terbaru Manchester United yang di beli dengan harga perpindahan EURO1.5 billion dan di beritakan mendapat gaji EURO 550k/minggu dan juga supply pampers Huggies dan susu yang tiada limit. Glory Glory Man Utd!


Dia juga bakal menggantikan Safiq Rahim sebagai kapten Harimau Malaya. Muhammad Kaisan tidak di panggil ke skuad Harimau Malaya kali ini kerana ingin menghormati pemain-pemain senior negara. Walaubagaimanapun, Muhammad Kaisan sentiasa bersedia menyarung jersey hitam kuning negara dan mengaum bangga. Rawwwrrr!!!



Muhammad Kaisan menjanjikan 50 gol musim ini
Atuk, Kaisan dah tak sabar nak masuk Old Trafford dah ni!
Full kit Muhammad Kaisan
Pemberian adik & adik ipar.

5 comments:

  1. hey ain follow cini
    nak mintk tlg cument entry ni leh ??

    http://zurain93.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

    tq

    ReplyDelete

Comment here